Ustaz Nizam UIA 040519

Kuliah Subuh

✓ Golongan Syiah merupakan orang yang bukan berpegang dengan manhaj Ahli Sunah Waljamaah.

✓ Ada ahli Syiah yang terkeluar dari aqidah Islam
     • Percaya yang Saidina Ali itu tuhan
     • Saidina Ali itu Nabi
     • Imam mereka itu lebih mulia daripada Rasulullah SAW

✓ Tetapi ada juga puak Syiah yang tidak sesat, tetapi bukan berpegang kepada manhaj Sunnah Waljamaah

✓ Hadith Rasulullah SAW mula dibukukan pada sezaman dengan Imam Malik dan Imam Shafi'e. Sebelum itu hadith-hadith dihafal oleh para sahabat dan tabien.

✓ Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Tarmizi, Sunan Abi Daud, Sunan Ibnu Hajar, Sunan Nasaie. merupakan enam kitab hadith yang utama. Didalam mendalami ilmu hadith, dimulai dengan kitab Sunan Tarmizi.

✓ Golongan Syiah tidak menerima hadith sepenuhnya. Kerana mereka menolak ramai sahabat Rasulullah SAW. Sumber hadith adalah daripada para sahabat.

✓ Syiah Imamiyyah dari Iran perpegang seperti di atas. Sumber hukum mereka datang daripada imam mereka.

✓ Ada juga golongan yang menolak hadith secara keseluruhan. Ini kerana tulisan hadith itu datang lambat dan ada juga terdapat hadith palsu. Golongan ini berbeza dengan manhaj Sunnah Waljamaah.

✓ Golongan Sunnah Waljamaah menolak hadith palsu. Hadith-hadith yang sahih diterima. Kaedah susunan hadith diperincikan dengan cukup teliti.

✓ Hadith diperlukan kerana banyak cara ibadat mengikut contoh Rasulullah SAW. Didalam Al Quran tidak mendetailkan cara beribadat, hanya menyatakan hukum hakam.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809