Ustaz Yahya 010519

Kuliah Maghrib

✓ Apa sahaja amalan yang dilakukan oleh sesaorang mukmin akan membawanya kembali kepada mengingati Allah SWT.

✓ Jadi intipati amalan adalah zikrullah. Setiap ketika didalam setiap keadaan akan ada perkara yang membawa kita mengingati Allah SWT.

✓ Orang mukmin apabila dia melakukan apa sahaja amalan ia lakukan kerana dia adalah seorang yang bertaqwa kepada Allah SWT. Apa yang diwajibkan ia lakukan kerana Allah SWT. Apa yang diharamkan ia akan menjauhkan dirinya kerana itu adalah perintah Allah SWT.

✓ Seorang yang berpuasa selain daripada berlapar dahaga, ia akan sentiasa mengingati akan Allah SWT. Apa yang disuruh dia lakukan, apa yang dilarang ditinggalkan. Apa yang dilihat ia akan memuji Allah SWT. Sekira diuji dia akan bersabar sambil memohon pertolongan daripada Allah SWT. Hidupnya akan dilitupi dengan mengingati akan ALLAH SWT.

✓ Hati seseorang mukmin perlulah sentiasa berzikir kepada Allah SWT. Ia perlulah menimba ilmu tasawuf. Supaya dia tahu akan jalan untuk mengingati Allah SWT. Bagaikan seekor burung yang terbang diwaktu malam yang gelap.

✓ Ilmu dan amalan seorang yang mempelajari tasawuf akan melatih hatinya agar dapat melihat rahsia keagungan Allah SWT. Paradigma dia berbeza dengan orang yang tidak mempunyai ilmu dan amalan tasawwuf.

✓ Amal yang Soleh adalah amalan yang dilakukan dengan semata mata kerana dia tahu yang dirinya sebagai seorang hamba. Hina dan rendah dihadapan Allah SWT. Dia sedar bahawa tuhannya Allah SWT adalah yang berhak dipuji. Yang terhebat yang tiada tandingannya. Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar.

✓ Untuk sentiasa ingat akan Allah SWT, serta jauhkan diri daripada kelalaian daripada mengingati NYA sesaorang itu perlulah melatih diri dengan melafazkan zikir kepada Allah SWT dengan konsisten. Seperti melafazkan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar sebanyak 33 kali setiap kali selepas solat.

✓ Perkara yang menjauhkan diri daripada mengingati Allah SWT adalah melakukan dosa. Bersifat dengan sifat hipokrit, munafiq. Mempersoalkan hukum Allah SWT. Sombong dan bongkak. Riak apabila melakukan amalan. Tidak jujur.

✓ Melatih lah diri melafazkan zikir yang dilakukan baginda Rasulullah SAW diwaktu pagi dan petang.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809