Ustaz Datuk Nasaruddin 220519

Kuliah Ramadhan

✓ Al Quran diturunkan sebagai penasihat kepada manusia. Juga menjadi penyembuh kepada sakit. Serta memberi keselamatan kepada umat manusia.

✓ Seorang anak muda yang soleh bernama Muhammad bin Himyar. Yang menjaga ibadah solat malam, selalu mengaji Quran, berpuasa sunat, memberi sedekah, mengiratkan silaturrahim, menjaga akhlaknya.

✓ Satu hari dia bertemu seekor ular yang meminta pertolongan dengan nya. Setelah ditolong ular tersebut mengancam hendak membunuhnya. Rupanya ular itu adalah jelmaan iblis. Muhammad memohon pertolongan Allah SWT. Diturunkan seorang yang tampan yang menolong nya. Diberi beberapa daun daripada syurga sebagai syifa.

✓ Muhammad mendapat pertolongan kerana amalan yang dilakukan membaca Al Quran secara istiqomah.

✓ Iktibar daripada kisah ini adalah keberkatan Al Quran. Dengan membaca nya secara berterusan akan dapat memberi manfaat kepada sipembacanya.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809