Ustaz Hasmy Ali 010519

Kuliah Subuh

✓ Ramai orang- orang yang alim memperbanyakkan amalan soleh dibulan Rejab dan Sya'ban. Dibulan Ramadhan mereka mempertingkatkan lagi tahap peribadatan dibulan yang mulia ini.

✓ Bagi orang yang beriman hendaklah menjadikan bulan Ramadhan ini merupakan satu ketika yang digunakan bagi memperbanyakkan amalan soleh. Supaya puasa kita tidak hanya lapar dan dahaga tetapi mendapat ganjaran berlipat ganda.

✓ Dibulan yang mulia ini para ulama menyarankan agar kita memperbanyakkan beristighfar. Agar dibersihkan hati.

✓ Jauhkan diri dari sifat dengki serta bersengketa sesama saudara muslim. Sebarkan sifat kasih sayang serta menjaga silaturrahim. Memohon maaf daripada kedua orang ibu bapa kita.

✓ Sebelum menempuh bulan Ramadhan perlu sesaorang mukmin mempersiapkan diri dari segi ilmu. Mengulang kaji hukum hakam berpuasa. Serta mengetahui amalan sunat Rasulullah SAW. Perlu juga mendalami ilmu didalam bab Solat.

✓ Selain ibadah puasa, dibulan Ramadhan amalan lain juga dikhususkan seperti. Solat sunat terawih, zakat fitrah, bersedekah, Bertadarus, dll. Ilmu didalam perkara yang ibadat demikian juga perlu dipelajari dan diulangkaji.

✓ Solat merupakan salah satu ibadah yang paling penting dijaga sebaiknya. Jangan mengabaikan solat diawal waktu. Serta memperbanyakkan solat sunat. Ambillah peluang dibulan Ramadhan ini mempelajari amalan kecantikan solat mengikut sunnah Rasulullah SAW.

✓ Bersahur dibulan Ramadhan mempunyai keberkatan. Baginda Rasulullah SAW menyarankan para sahabat bangun seketika bersahur kerana didalamnya banyak keberkatan.

✓ Didalam bulan Ramadhan juga hendaklah dirancang belanjawan keluarga. Supaya tidak bermasalah hingga mengganggu ibadah kita dibulan ini. Jangan membazir. Ada bajet untuk menginfakkan pada bulan yang mulia ini.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809