Ustaz Shamsuddin 180519

Kuliah Maghrib

✓ Matlamat perjalanan hidup seorang beriman adalah untuk mengenali akan segala sifat dan kebesaran Allah SWT.

✓ Seorang yang beriman juga dianugerahkan Allah SWT cahaya. Yang dapat dilihat oleh hati sesaorang. Cahaya atau Nur itu berbagai peringkat mengikut amalan dan tingkatan iman seseorang.

✓ Dengan cahaya tersebut sesaorang dapat melihat perkara yang dirahsiakan kepada orang awam. Tetapi perlu diingatkan bahawa Nur tersebut itu bukan matlamat perjalanan keimanan sesaorang.

✓ Nur tersebut adalah bagaikan satu 'device' yang dapat kita membuka kefahaman kepada sifat-sifat Allah SWT dengan jelas dan yakin.

✓ Satu ujian bagi orang yang beriman setelah mendapat Nur daripada Allah SWT adalah ia jangan berhenti didalam amalan untuk meneruskan perjalanan akidahnya. Kerana anugerah Nur itu cukup 'special' hinggakan ada yang leka dengan anugerah itu. Mencapai peringkat mendapat Nur itu bukanlah matlamatnya.

✓ Nur itu menerangi hati sesaorang. Sehingga hatinya nampak hakikat sesuatu perkara. Dengan Nur tersebut dapat merungkaikan simpulan permasalahan. Dengan Nur tersebut juga hati kita terang melihat kebesaran Allah SWT. Itu lah sebenarnya hakikat anugerahkan tersebut. Agar dengan nya kita dapat mengenali Allah SWT dengan sebenar-benarnya.

✓ Ilmu itu adalah Nur. Dengan nya kita diberi ilmu makrifat Ullah. Tetapi jika menyalahi anugerah Nur tersebut, hati akan menjadi gelap.

✓ Mempelajari Ilmu Tasawuf dari guru yang muktabar adalah penting. Kerana perjalanan ini adalah bukan perjalanan fizikal tetapi perjalanan spiritual, kerohanian. Perlulah bimbingan atau 'coaching' daripada guru-guru tersebut. Matlamat perjalanan spiritual ini adalah mencapai kefahaman serta mengenali hakikat sebenarnya Allah SWT. Satu perjalanan yang perlu ketekunan amalan yang berterusan.

✓ Hati ini mulanya gelap. Melakukan maksiat selamba sahaja. Apabila hati itu diberi cahaya agama mulalah sesaorang itu takut melakukan maksiat. Apabila dia mula memperbanyakkan amal solehnya maka hatinya makin terang cahayanya. Dia mula menyedari banyak lagi perkara. Ia mula menyedari tipu helah iblis dan nafsunya. Lagi tinggi intensiti cahaya hati tersebut lagi banyak ia mula melihat kelemahan diri, keluarga dan komunitinya. Peningkatan itu semakin tinggi sehingga mencapai matlamatnya ialah dia menyedari akan sifat Allah SWT. Mula mengenaliNYA. Dapat mencintai Illahi melebihi cintanya kepada perkara yang lain.

✓ Satu perjalanan hidup...

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809