Ustaz Yusof 050519

Kuliah Subuh

✓ Kedatangan Ramadhan disambut oleh semua orang mukmin dengan penuh harapan untuk mendapat Rahmah dibulan yang mulia ini.

✓ Ada manusia yang mencintai dunia ini. Hingga dia lupa akan mempersiapkan dirinya untuk ke-akhirat. Dia juga menderhakai akan perintah Allah SWT.

✓ Bagi orang-orang yang beriman, dia merindui kampungnya diakhirat. Dia beriman kepada Allah SWT. Bertakwa dan memperbanyakkan amal soleh semata-mata kerana mengharapkan keredhaan NYA.

✓ Dibulan Ramadhan ini merupakan satu peluang keemasan untuk mendapat RahmahNYA. Orang yang beriman akan menggunakan peluang ini untuk memperbanyakkan amal soleh. Pulun bersungguh sungguh mengerjakan sebanyak yang mampu dibulan yang mulia ini.

✓ Disarankan kita melakukan 'genjatan senjata' dibulan ini daripada perkara yang lagha. Mulut, mata, perbuatan, jari, Facebook, whatsapp, dll.

✓ Harapkan orang yang beriman menjauhkan diri dari perbuatan membazir. Makanan dan perbelanjaan lain. Jaga akhlak sesama manusia. Hormat pandangan orang lain. Jauhkan diri dari menghina orang yang kurang mampu. Jangan berbalah kerana isu isu yang kecil.

✓ Bersyukurlah dengan apa yang dianugerahkan Allah SWT kepada kita umat Islam didalam bulan Ramadhan ini.

✓ Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809