Ustaz Mohd Jihad 250519

Kuliah Subuh

✓ Dibulan Ramadhan terdapat banyak rahmat yang dianugerahkan Allah SWT kepada orang yang mukmin.

✓ Banyak perbuatan dibulan ini ditakrifkan sebagai ibadat tetapi dibulan yang lain tidak dikira ibadah.

✓ Orang yang tidur kerana letih berpuasa dibulan Ramadhan diberi ganjara pahala.

✓ Para saiful soleh bersifat kebimbangan akan kemurkaan Allah SWT. Kuatir akan menerima siksaan dihari akhirat kerana amalan yang ditolak.

✓ Para sahabat yang sentiasa berdamping dengan Rasulullah SAW mereka selalu bertanya kepada baginda apakah amalan yang dapat menyelamatkan diri daripada terjatuh kedalam siksaan api neraka. Walhal mereka ini merupakan generasi mukmin yang terbaik dijamin syurga.

✓ Sebagai seorang mukmin kita hendaklah juga selalu bertanya diri sendiri akan apakan cukup amalan soleh kita. Terhindarkan kita daripada siksaan api neraka. Jika kita ditakdirkan mati hari ini adalah cukup bekalan untuk menjauhi diri daripada siksaan api neraka.

✓ Siksaan api neraka merupakan sesuatu yang cukup ngeri. Sakitnya tidak terperi. Kesakitan yang tidak ada kesudahannya. Disiksa dan disiksa tetapi tidak juga mati. Kulit yang terbakar, digantikan kembali dan disiksa lagi. Para sahabat cukup takut jika mereka tidak terlepas daripada siksaan api neraka. Pernah Saidatina Aishah melihat binatang yang disembelih kemudian dilayur api. Dia menangis kerana dilihat binatang yang dilayur api beliau gambarkan begitulah situasi manusia yang dimasukkan ke dalam api neraka.

✓ Amalan yang akan menghindarkan diri daripada siksaan api neraka adalah Al Quran. Hendaklah sentiasa mendampingi serta membaca dan mentabur nya. Memahami dan melaksanakan ketentuan Allah SWT yang terdapat didalam Al Quran. Dihari akhirat amalan ini dapat memberi syafaat dihari akhirat.

✓ Para malaikat akan selalu mendoakan kesejahteraan dan kebaikan kepada manusia yang memberi sedekah. Jadi hendaklah memperbanyakkan bersedekah kerana ia juga dapat menghindarkan diri daripada siksaan api neraka.

✓ Kematian itu datang dengan mengejut. Manusia apabila mati akan menyesal. Kerana tidak sempat memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah SWT. Menyesal kerana kurang beramal apabila dilihat ganjaran yang akan didapati jika melakukan amalan yang soleh.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809