Kuliah Subuh • Riwayat Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bertanya kepada sahabatnya: "Tahukah kamu sekalian, siapakah orang muflis itu?" Sahabat menjawab: "Orang muflis menurut kami ialah orang yang tidak memiliki wang dan harta benda." Rasulullah SAW membalas: "Sesungguhnya orang muflis daripada kalangan umatku ialah orang yang pada Hari Kiamat kelak datang dengan ibadah solat, puasa dan zakat, tetapi ia dahulu selalu mencaci maki orang ini, menfitnah orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan memukul orang ini. Maka, diberikan kepada setiap orang tadi daripada pahala kebaikannya. Sekiranya pahala kebaikannya sudah habis sebelum selesai ditunaikan semua tuntutan ke atasnya, akan diambil pula daripada dosa mereka, lalu dilemparkan pula ke atasnya. Kemudian akhirnya, dia akan dihumbankan ke neraka." Riwayat Muslim • Daripada Ibn Umar RA katanya, Rasulullah SAW memegang dua bahuku seraya bersabda: كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَن...