Posts

Ustaz Hafizullah 240623

Kuliah Maghrib • Bagi orang yang beriman yang mencari ilmu. Hidangan yang istimewa bagi akal sesaorang yang belajar adalah kefahaman. • Digalakkan seseorang yang menimba ilmu agama berdoa kepada Allah SWT agar diberi kefahaman didalam beragama. • Didalam sesuatu ilmu yang sudah diketahui oleh sesaorang yang beriman, perlulah dia berusaha untuk mendalami lagi ilmu tersebut. Agar kefahaman dia akan bertambah. "Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang". • Setiap manusia dibina atas jasad dan roh. Roh itu wujud lebih lama daripada jasad. Rahsia dan hal ehwal roh ini adalah kehendak Allah SWT. • Roh juga perlu disuburi oleh keimanan. Sekiranya roh itu rosak maka rosaklah iman dan akhlak sesaorang itu. • Untuk membina roh yang mulia hendaklah berilmu. Ilmu untuk mensucikan roh sesaorang adalah ilmu tasawwuf. Wajib dipelajari oleh semua orang mukmin. Fardhu Ain. • Roh yang mulia henda...

Ustaz Suhaimi 240623

Kuliah Subuh • عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَ فَعَلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَ أَبْلَاه ُ Dari Abu Barzah Al Aslami berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dua kaki seorang hamba tidak akan bergerak (pada hari kiamat) sehingga dia ditanya tentang umurnya, kemana dihabiskan, tentang ilmunya apakah yang telah dilakukan dengan ilmunya, tentang hartanya dari mana diperolehi dan kemana dibelanjakan dan tentang tubuh badannya untuk apa digunakannya" HR Tirmizi No: 2341 • Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun Jihad? Baginda menjawab: Tidak juga Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi."(HR...

Ustaz Syukri Alam Impian 210623

Kuliah Maghrib • Solat adalah ibadah yang penting. Ibadat yang diwajibkan dan diperintahkan Allah SWT kepada Rasulullah SAW secara terus-menerus. • Sesaorang yang beriman hendaklah mereka mendirikan ibadah solat kerana mengingati Allah SWT. Perlu fokus niat mengenai solat tersebut kerana hendak mendapat keredhaan NYA. • Manusia adalah makhluk yang selalu lupa. Oleh demikian itu diperintahkan manusia mendirikan solat. Supaya mereka tidak lupa akan Allah SWT. Justeru itu secara tidak langsung di peringatkan manusia agar ingat akan dosa dan pahala, syurga dan neraka dan selanjutnya apa yang diajarkan Rasulullah SAW. • Orang yang beriman jadikan solat sebagai mekanisme untuk sentiasa mengingati Allah SWT. Agar selalu berwaspada dengan semua perintah dan larangan agama. Supaya kehidupan ini selamat didunia dan diakhirat. • Manusia dan jin dijadikan Allah SWT supaya beribadat kepada NYA. Tanpa solat besar kemungkinan manusia akan leka dan tersimpang jauh daripada menjalani hidup ini sebagaim...

Ustaz Syed Putra Haizan 180623

Kuliah Maghrib • Permulaan untuk membina masyarakat mukmin adalah didirikan masjid. Inilah yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah SAW semasa di Madinah. • Para sahabat sanggup berkorban untuk menjayakan risalah Islam. Dilakukan apa sahaja yang diperintah oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. • Saidina Ali RA  menggantikan Baginda SAW ditempat tidurnya ketika hijrah. • Diawal perkembangan agama Islam, para sahabat ramai yang diseksa kerana iman mereka. • Para sahabat mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW melebihi cinta mereka keatas dirinya dan keluarganya. Inilah iman generasi mukmin pertama. • Abu Huzaifah ibnu Utbah Rabi'ah adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Memeluk Islam dimana seluruh keluarganya memusuhi Baginda. • Amar Yasir diseksa dengan besi panas. Ibu dan bapanya dibunuh. Kerana imam mereka kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. • Ketika Baginda Rasulullah SAW dihalau daripada penduduk Taif dia berhenti membasuh darah di kakinya disebuah kebun kepunyaan Utbah Rabi'ah....

Ustaz Azman 180623

Kuliah Subuh • Ibadah Qurban hendaklah dilakukan mengikut segala hukum syara'. • Kambing yang hendak diqurbankan hendaklah cukup umur. Dalam sekitar setahun hingga dua tahun. Ada tumbuh tanduk. Cukup sifat binatang tersebut. • Lembu yang hendak disembelih perlulah cukup umur. Cukup sifatnya. Ada daging, tidak kurusnya. • Binatang yang hendak diqurbankan adalah yang disayangi. Selagi mampu perlulah pilih yang paling elok. • Dalam satu Hadis: أَمَرَ بِكَبْشٍ أَقْرَنَ يَطَأُ فِي سَوَادٍ وَيَبْرُكُ فِي سَوَادٍ وَيَنْظُرُ فِي سَوَادٍ لِيُضَحِّيَ بِهِ فَقَالَ : اِشْحَذِي اَلْمُدْيَةَ ثُمَّ أَخَذَهَا فَأَضْجَعَهُ ثُمَّ ذَبَحَهُ وَقَالَ: بِسْمِ اَللَّهِ اَللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ وَمِنْ أُمّةِ مُحَمَّدٍ "Nabi S.A.W pernah menyuruh agar dibawakan seekor kibas yang bertanduk, kuku dan perutnya hitam dan sekeliling matanya hitam. Lalu kibas tersebut dibawa ke hadapan Baginda S.A.W untuk dijadikan korban. Baginda pun bersabda (kepada Aisyah), "Asahlah (pisau...

Ustaz Muhaimin 160623

Kuliah Maghrib • وَاِذَا سَاَلَكَ عِبَادِيْ عَنِّيْ فَاِنِّيْ قَرِيْبٌ ۗ اُجِيْبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ اِذَا دَعَانِۙ فَلْيَسْتَجِيْبُوْا لِيْ وَلْيُؤْمِنُوْا بِيْ لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُوْنَ • Surah Al Baqarah ayat 186. Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. • Ayat diatas diturunkan kerana ada soalan kepada Rasulullah SAW mengenai adakah Allah SWT dekat kepada hamba NYA. • Surah Al Hadid ayat 4... هُوَ الَّذِيْ خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضَ فِيْ سِتَّةِ اَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوٰى عَلَى الْعَرْشِۚ يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِى الْاَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاۤءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيْهَاۗ وَهُوَ مَعَكُمْ اَيْنَ مَا كُنْتُمْۗ وَاللّٰهُ بِمَا تَعْمَلُوْن...

Ustaz Rahmatullah 120623

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman berbeza dengan orang yang menzalimi dirinya. • Orang yang taat kepada Allah SWT berbeza daripada pelaku maksiat. • Maka perlu setiap umat kembali kepada Allah SWT. Mohon dijauhkan NYA daripada menjadi hamba yang menderhaka. • Setiap orang yang melakukan kebaikan, maka kebaikan itu untuk dirinya. Sebaliknya jika kita melakukan perkara yang buruk maka keburukan itu kembali kepada dirinya. • Yang selamat adalah sesaorang hamba yang beriman itu kembali kepada ketaatan kepada segala perintah Allah SWT. • Rugi orang yang melakukan maksiat. Walhal Allah SWT telah membimbing setiap jiwa kearah jalan yang lurus. • Sesiapa yang berhasrat untuk menjadi hamba yang disayangi Allah SWT maka segala jalan mencapai hasratnya itu telah dipermudahkan NYA melalui wahyu. • Keseronokan sesaorang yang menjalankan segala amalan yang diperintah oleh Allah SWT tidak dapat dibanding. Ketaatan itu cukup menyeronokkan. • Disebaliknya sesaorang yang kufur tidak akan mencapai keni...