Dato' Nahrawi 180711
Kuliah Maghrib
1. Orang yang beriman akan menunggu ketibaan bulan Ramadhan yang hebat. Ayat Al Quraan didalam Surah Al Baqarah [183]yang bermaksud " Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"
2. Takrif puasa adalah menahan diri
- makan minum
- perkara yang membatalkan puasa
Daripada subuh hingga maghrib
3. Takwa;
Takrifnya membina benteng dalaman;
- perkara yang Allah SWT murka
- mendatangkan dosa
- jauhkan daripada perkara yang mendatangkan azab daripada Allah SWT
4. Kenapa membina ketakwaan?
- pembelaan daripada Allah SWT
- bantuan daripada Allah SWT
- panduan daripada Allah SWT
- keberkatan dalam hidup
5. Benteng dan taqwa diperlukan
- untuk menjadi satu arah petunjjuk didalam hidup
- sebagai matlamat hidup didunia ini yang adalah mendapat keridhaan Allah SWT
- Membawa bekalan diakhirat kelak, Merupakan pahala.
- agar mendapat kehidupan yang sejahtera. Bagaikan hidup didalam syurga semasa didunia lagi.
6. Ibadah Puasa yang dikerjakan sebagai modal untuk bertaqwa;
- modal kesihatan akibat melakukan ibadah puasa dengan sempurna
- modal IMAN
- modal ilmu
7. Jenis puasa
- puasa perut; lapar dan dahaga ( puasa orang awam)
- puasa perut dan pancaindera (puasa orang soleh)
- puasa perut, pancaindera dan hati ( puasa para nabi)
8. Madrasah Ramadhan
- mendapat ijazah TAQWA
- silibusnya:
i) aqidah & iman
ii) ibadah
iii) mengaji dan cari ilmu
iv) akhlaq: Tawadhu', Qonaah, Wara', Yakin
9. Bonus didalam bulan Ramadhan
- Upgrade, pahala sunat menjadi pahala wajib
- 70x, pahala ibadah wajib
- diam itu sama dengan pahala zikir
- tidur pahalanya sama solat sunat
- sabar balasannya adalah syurga
10. Ekslusif
- hanya dibulan ramadhan
- Allah SWT sahaja yang tahu akan ganjaran puasa Tidak seperti ibadah lain.
- rahsia dan sulit, tiada yang tahu hakikat samaada sesaorang itu berpuasa atau tidak. Ibadah lain orang ramai tahu.
Wassalam
Comments