Ustaz Tajuddin 020711

Ustaz Tajuddin 020711
Kuliah Subuh

"Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat"

1. Allah SWT yang maha suci. Maha sempurna. Maha berkuasa. Telah memperjalankan Rasulullah SAW didalam peristiwa Isra' & Mikraj.

2. Rasulullah SAW di perjalankan
- Daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. selalunya perjalanan dizaman itu memakan masa sebulan.
- Daripada Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha diatas langit. Satu tempat yang jauh diluar jangkaan fikiran manusia hari ini. Angkasa lepas sehingga ini masih cetek ilmu manusia. Walaupaun ramai ahli sains yang tak putus putus membuat kajian.

3. Sidratul Muntaha adalah satu tempat yang tidak diizinkan makluk Allah SWT memasukinya. Melainkan Nabi MUhammad SAW.
4. Ramai orang dari kalanagan ahli fikir membahaskan peristiwa ini. Ada yang negatif, ada yang positif. Peristiwa ini membawa ramai orang kembali membaca dan mengkaji Al Quraan. Mantan perdana menteri England Tony Blair pun dilapurkan membaca Al Quraan setiap hari.

5. Allah SWT menjadikan waktu itu mempunyai HIjab. Sekiranya hijab itu dibuka maka tiada sempadan waktu. Itulah yang terjadi kepada Nabi Muhammad SAW, apabila Allah SWT membuka hijab masa, maka baginda dapat melihat orang yang memasuki Neraka dan berbagai peristiwa yang tidak berlaku lagi.

7. Peristiwa ini juga menguji akan keimanan orang mukmin ketika itu. Saidina Abu Bakar apabila ditanya, beliau menyatakan sekiranya berita itu datang daripada Nabi Muhammad SAW, lebih daripada itu pun dia
percaya. Ini lah sikap orang yang beriman.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809