Ustaz Shamsuddin 160711

Ustaz Shamsuddin 160711
Kuliah Subuh

Kitab Al Hikam

1. Kitab ini adalah hasil karangan Ibnu Athaillah Askandary. Dilahirkan di Mesir. Walaupun kitab ini merupakan ilmu tasauf tetapi cara penggunaan bahasanya tinggi nilai sasteranya. Hingga diambil terima kitab ini sebagai salah satu hasil kesasteraan Arab.

2. Orang yang beriman bersandarkan seluruh kehidupannya kepada Allah SWT. Tidak menyandarkan hubungannya dari segi tauhidnya kepada amal.

3. 'IBAD' merupakan orang yang beramal dengan harapan ia mendapat balasan kesejahteraan hidupnya didunia dan diakhirat. Ia bersandarkan ketaatannya kepada Allah SWT kepada amalannya.

4. 'MORIDIN' beramal kerana hendak mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Tujuan amal ibadatnya tidak tertumpu kepada pahala tetapi harapannya agar amalan tersebut diterima supaya lebih dekat hatinya dengan tuhannya.

5. 'ARIFFIN' merupa golongan manusia yang mengenal Allah SWT. Ini adalah peringkat tauhid yang tinggi. Mengenal Allah SWT itu adalah satu pemberian yang cukup bernilai. Diberikan kepada hamba yang tertentu. Apa yang dilakukan merupakan sesuatu yang dikehendaki oleh tuhannya. Hatinya yang berhamba kepada tuhannya dengan serendah rendahnya melakukan amal bukan kerana mendapat ganjaran pahala tetapi ia merupakan kehendak dan ketentuan daripada Allah SWT.

6. Akibat orang yang bergantung hubungan dengan Allah SWT kepada amalnya semata mata, akan menjadi renggang jika dia melakukan kesilapan serta dosa, samaada kecil ataupun besar. Ia merasakan hasratnya tidak tercapai untuk menikmati kesejahteraan diakhirat sekiranya amalannya berkurang. Tetapi sekiranya amalannya adalah kerana kecintaan kepada Allah SWT, maka sekiranya ia melakukan kesilapan, dengan cepat memohon ampun dan bertaubat. Harapan agar Allah SWT yang bersifat maha pemurah dapat menerima taubatnya. Bertambah harapan kepada Allah SWT dan jadilah ia seorang lebih takut dan mengharap kepada tuhannya.

7. Melakukan amal ibadat kerana menghendaki pahala semata mata merupakan melakukan sesuatu kerana nafsu. Nafsu untuk mendapat pahala yang banyak melebihi amalannya kerana Allah SWT. Pahala merupakan objektif yang utama, kemudian barulah kerana dia seorang hamba yang melakukan ibadah kerana diperintahkan oleh tuhannya.

8. Berbeza tingkatan sesaorang yang beribadat semata mat kerana Allah SWT. Sedar yang dia seorang hamba yang melakukan kerana diperintah oleh tuhannya. Pahala itu merupakan anugerah ketentuan Allah SWT. Pahala bukanlah objektif dia beramal.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809