Ustaz Rizal 300611

Ustaz Rizal 300611
Kuliah Maghrib

1. Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang mulia. Hati yang sentiasa mengingati umatnya, malah juga berfikiran terbuka kepada musuh baginda dengan harapan yang baik agar diberikan hidayah daripada Allah SWT.

2. Baginda menyelamatkan Abu Jahal yang jatuh kedalam perangkap yang dia sendiri yang menggalikannya. Baginda membantu dengan harapan yang Abu Jahal mendapat hidayah agar dihindarkan Allah SWT daripada Api Neraka.

3. Rasulullah SAW mendapat sokongan yang kuat daripada bapa saudaranya Abu Talib dan isteri baginda Saidatina Siti Khadijah. Mereka memberi bantuan dan sokongan kepada usaha usaha dakwah Islamiah.

4. Selepas kedua insan yang membantu baginda meninggal dunia, maka bertambahlah ujian dan tekanan orang orang kafir keatas baginda. Maka kesusahan dan kesedihan ini diubati Allah SWT dengan peristiwa Isra' dan Mikraj. Peristiwa ini memberi satu kekuatan iman terhadap Allah SWT.

5. Diperjalankan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Kemudian dinaikkan keatas langit yang disebut Sidratul Muntaha dengan menaiki kenderaan yang luar biasa, Buraq. Kenderaan ini tidak ada mahluk yang pernah menunggangnya.

6. Semasa perjalanan ini Baginda melihat berbagai peristiwa yang merupakan pendidikan kepada Baginda dan orang orang mukmin sepanjang zaman.

7. Segala senario yang diperlihatkan kepada baginda merupakan berbagai kesan kepada manusia yang akan diterima dihari akhirat kelak. Penyelamat manusia adalah solat. Dan didalam peristiwa inilah baginda menerima perintah mewajibkan solat.

Wassalam
20:56

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809