Ustaz Shamsuddin 100711

Ustaz Shamsuddin 100711
Kuliah Subuh

1. Mempelajari ilmu tasauf dapat membuka hati sesaorang untuk mengenal Allah SWT. Terbuka mata hatinya untuk memperlihatkan kebesaraan Alllah SWT, serta dengan ini dapat mempertingkatkan kecintaan sesaorang itu kepada Maha Pencipta.

2. Ilmu tasauf merupakan roh kepada cabang ilmu Islam yang lain. Memberi kekuatan kepada ilmu dan amal sesaorang mukmin.

3. Tasauf merupakan ilmu batin. Kebatinan segala ilmu didalam agama Islam. Dengan itu sesaorang mukmin benar benar merasai kekerdilannya jika dibandingkan dengan kebesaran dan kekuatan Allah SWT. Ia merasakan dirinya seperti satu helai bulu kecil yang halus sahaja. Hatinya cepat tersentuh dan sensitif.

4. Orang yang beramal dengan ilmu tasauf bersifat lemah lembut, bersih dan mensucikan hati ini. Mereka juga dipanggil sebagai seorang SUFI.

5. Asal bermulanya orang sufi didalam Islam adalah diserambi Masjid Nabi di Madinah. Mereka banyak menghabiskan masanya dengan beribadat. Bersenang senang dengan duniawi sedikit sekali. Malah dinyatakan bahawa mereka memakan dengan sedikit sahaja. Tetapi apabila Nabi SAW meminta berjihad, orang sufi inilah selalunya dibarisan hadapan.

6. Sumber ilmu didalam ilmu tasauf adalah:
- Al Quraan
- Hadith
- Ilham pemberian Allah SWT kepada para waliNYA, orang yang soleh.
- berhukum kait dengan Ilmu fiqah. Memberi sentuhan yang memperhalusi amal ilmu fiqah.

7. Orang sufi melihat atau 'paradigma' nya berbeza dengan orang awam. Mereka sentiasa diperingkat sedar mindanya tentang ketentuan Allah SWT,

8. Ilmu tasauf mengajarkan ketakwaan kepada Allah SWT. Memuliakan akan seluruh zat Allah SWT. Menjuruskan dirinya beramal dengan bersungguh sungguh ilmu tasauf dengan harapan diredhakan segala ibadahnya oleh Allah SWT.

9. Orang tasauf akan mencapai kehalusan didalam beribadah serta dihiasi dengan akhlaq yang baik dan cantik. Amalan nya dapat memberi roh kepada ilmu ilmu cabang yang lain didalam Islam.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809