Ustaz Yusri 290611

Ustaz Yusri 290611
Kuliah Isra' & Mikraj

1. Orang yang selalu menghadirkan diri didalam majlis ilmu akan mendapat ganjaran yang baik daripada Allah SWT. Berkumpul bersama- sama dengan orang orang yang soleh.

2. Kebesaran bulan Rejab terdapat satu peristiwa yang besar didalam takwin Islam iaitu pada tanggal 27 haribulan, ISRA' DAN MIKRAK.

- Isra' membawa pengertian perjalan nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masji al-Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis.

- Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi s.a.w ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

3. Kenapa Allah SWT memperjalankan Rasulullah SAW didalam peristiwa Isra' dan Mikraj?
- Untuk menghibur Rasulullah SAW, kerana kehilangan dua orang insan yang dikasihinya. Ia itu bapa saudaranya iaitu Abu Talib dan isteri baginda Siti Khadijah

- Malaikat Jibrail membawa wahyu daripada Allah SWT yang bermaksud:

"Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat"

4. Rasulullah SAW dibawa oleh Jibrail didalam perjalanan dengan jasad dan rohnya. Sebab inilah orang orang kafir yang dipimpin oleh Abu Lahab merasa cemas dengan berita ini.

5. Peristiwa ini juga untuk menapis orang orang yang benar benar beriman. Ini merupakan persiapan untuk membawa umat umat mukmin yang benar beriman untuk berhijrah kelak. Ada umat yang kuat imannya yang terima berita Israk dan Mikraj dengan adasanya. Saperti Abu Bakar, Omar, Ali dan lain. Ada golongan yang menjadi murtad dan munafiq. Dan yang kafir maka lebeh tebal kekafirannya.

6. Rasulullah SAW didalam perjalanan melalui satu kubur yang keluar bau yang cukup harum. Ditanya baginda kepada Jirail akan kepunyaan siapa kubur itu. Dijawap bahawa itulah kubur Mashitah, yang disiksa oleh Firaun kerana beriman kepada Allah SWT.

7. Baginda juga melihat satu kaum yang menanam benih yang tumbuh dengan serta merta. Bila dituai tanaman ini tubuh dengan subur kembali.
Itulah balasan kepada sesiapa yang memelanjakan harta mereka dijalan Allah SWT.

8. Baginda juga melihat satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah umatmu yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/ suami.

9. Peristiwa ini adalah sebagai ujian akan setebal mana iman kita kepada Allah SWT dan Rasullah SAW.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809