Forum Ramadhan 230711

Forum Ramadhan 230711
Masjid Al Huda

Ahli panel forum
- Ustaz Nizam (UN)
- Dr Robiah (DR)
- Ustaz Mohamad Nicholas (MN)

DR;
1. Kedatangan Ramadhan perlu satu persiapan. Agar bulan yang mulia ini diambil sebanyak mana kemuliaannya.

2. Persiapan yang utama untuk menghadapi Ramadhan adalah menyatakan semula syahadah. Adakah ibadah yang akan dilakukan dibulan Ramadhan sudah memenuhi apa yang dinyatakan didalam Syahadah.

3. Solat yang dilakukan harus diteliti. Adakah ada ruang untuk membuat kebaikan. Ruang untuk menjadikan solat kita kali ini merupakan solat yang terindah sekali. Memahami akan maksud ayat ayat yang baca, supaya solat kita bertambah khusyuk.

4. Ramadhan kali ini hendaklah menjadikan kita orang yang lebih kuat imannya. Kasih sayangnya kepada Allah SWT dan Rasullah SAW merupakan satu yang cukup kuat. Ramadhan kali ini hendaklah medekatkan diri kita dengan Allah SWT. Begitulah para sahabat menyambut Ramadhan dengan riang gembira, tetapi bersedih apabila ditinggalkannya.

UN;
5. Persiapan menyambut Ramadhan, hendaklah diisi dengan ilmu. Daripada yang asas, iaitu rukun puasa kepada ilmu ibadat ibadat sunat yang lain.

MN;
6. Para sahabat masih menanggis akan pemergian Ramadhan selepas enam bulan. Serta membuat persiapan akan kedatangan Ramadhan enam bulan sebelumnya.

7. Puasa membuat sesaorang itu bertambah iman serta menjadi seorang yang bertaqwa.

8. Tiada ada perbandingan berpuasa yang disyariatkan oleh agama Islam jika dibandingkan dengan agama lain. Dari segi fizikal dan rohani tidak ada tandingannya. Hasil daripada menjalankan ibadah puasa adalah taqwa.

9. Orang beriman berhati hati dengan menjalani kehidupan kerana merasa takut akan kehilangan kasih sayang Allah SWT. Itu lah praktis saorang yang bertaqwa. Bulan Ramadhan inilah satu peluang untuk orang mukmin mempraktikkan kehendak ketaqwaan, satu madrasah untuk umat Islam. Ruang nikmat yang tak terhingga besarnya.

UN;
10. Akhlaq yang didiik oleh madrasah Ramadhan yang memupuk sikap dan tingkah laku yang cantik dan baik. Mengasah orang orang mukmin supaya berperaktik dengan penuh taqwa.

11. Cabaran orang yang beriman menghadapi Ramadhan adalah dengan godaan keduniaan. Persekitaran yang lebih mencabar.

DR;
12. Musuh utama orang yang berpuasa didalam bulan Ramadhan adalah satu peperangan yang cukup dahsyat. Ia adalah perang yang lebih hebat daripada perperangan orang yang berjihad. Itulah peperangan dengan hawa nafsu.

13. Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? " Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Riwayat Al Baihaqi)

14. Didalam bulan Ramadhan, dikatakan Iblis dan syaitan itu diikat. Diikat dengan apa? Mengikut beberapa pandangan para ilmuan adalah diikat oleh puasa sesaorang itu.

UN;
15. Ramai yang berpuasa tetapi mereka hanya mendapat lapar dan dahaga. Ada juga yang berpuasa dengan menjaga diri daripada gugurnya pahala puasa. Yang terbaik adalah orang yang berpuasa dengan kuat kawalannya daripada hawa nafsu keduniaan yang selalu menggangu ibadah puasa.

MN
16. Amalan menghadapi Ramadhan
- Ikhlas diri
- Menjaga anggota dan hati daripada maksiat
- Tilawah Al Quraan
- Jangan tinggal sama sekali solat lima waktu yang wajib
- Hidupkan malam dengan tarawih dan qiamullil
- Menambah Ilmu
- Beri'tikaf dimasjid
- Menggalak ahli keluarga beramal dengan kita
- Mencari Lailatul Qadr
- Ubahkan paradigma orang Islam didalam bulan Ramadah. Didalam bulan ini umat Islam sepatutnya lebih akrif dan produktif.

UN;
17. Ramadahn adalah bulan orang yang beriman. Mentarbiyah nafsu untuk tunduk kepada hukum Allah SWT. Bulan berkasih sayang terutama kepada orang miskin dan anak yatim. Jagalah kesatuan umat didalam bualan Ramadahan.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809