Ustaz Dr Syihabuddin 140711

Ustaz Dr Syihabuddin 140711
Kuliah Maghrib

1. "Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui" Sabda Rasulullah SAW, "Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

2. Bulan Syaaban dimuliakan dimuliakan oleh Allah SWT.  Terdapat padanya malam nishfu Syaaban. Dimana buku catatan diangkat.

3. شعبان
- ش sharaf (mulia), syafaat ; seperti syafaat orang alim kepada anak muridnya, syafaat anak yang soleh kepada kedua orang ibu bapanya, syafaat Al Quraan kepada pembacanya.

- ع I'zzah maknanya perkasa. Bulan Syaaban adalah bulan yang diperkasakan oleh Allah SWT. Pahala yang dibuat akan digandakan 100 kali pahala. Selain daripada bulan Ramadhan Rasulullah SAW berpuasa terbanyak sekali didalam bulan Syaaban.

- ب  Berkat; Keberkatan terdapat didalam bulan ini. Juga didalamnya terdapat anugerah rezeki yang Berkat. Membuat sesaorang itu bertambah rajin, tenang jiwa serta fikiran, rajin beribadah, sejahtera keluarga, munafaat yang bolih dikecapai oleh diri sendiri dan sekeluarga.  Keberkatan itu cukup besar nikmat yang dirasakan didalam bulan Syaaban ini.

- ا Ulfah; maksudnya berkasih sayang. Alinun; lembah lembut. 

- ن Nur; Bercahaya. Nikmat; didalam bulan ini terdapat berbagai kenikmatan.

4. Amalan yang diperbanyakkan oleh Rasullah SAW.
- Berpuasa
- Bersedekah
- Bertadarus Al Quraan
- Bersilaturrahim

Wassalam




Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809