Ustaz Shafie 010711

Ustaz Shafie 010711
Kuliah Maghrib

1. Melakukan kerana Allah SWT. Apa makna ungkapan ini?
- Melakukan kerana Allah SWT
- mengikut segala hukum yang diperintahkan Allah SWT

2. Belajar membaca dan memahami Al Quraan hukumnya adalah Fardu Ain.

3. Bagi orang mukmin prioriti hidup adalah Fardu Ain dan diikuti Fardhu Kifayah. Kemudian itu barulah mengerjakan perkara yang sunat.

4. Walaupun prioriti ini satu 'common sense' tetapi ramai orang Islam lalai daripada perintah Allah SWT ini. Ramai orang pergi kemasjid pada hari raya sahaja. Walhal pada hari lain mereka hanya mendirikan solat dirumah sahaja.

5. Mempelajari Al Quraan itu satu prioriti yang utama bagi umat Islam pada dewasa ini. Kerana apabila Al Quraan itu kembang didalam jiwa, maka akan menjadilah mereka orang yang kuat.

6. Kemenangan orang Islam didalm peperangan Badr adalah kerana iman yang kuat. Ini terjadi kerana Al Quraan itu sentiasa berada didalam roh mereka.

7. Terdapat banyak ayat ayat Al Quraan yang meminta orang yang beriman patuh kepada perintah Allah SWT yang termaktub didalam Al Quraan.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809