Ustaz Ismail 250711

Ustaz Ismail 250711
Kuliah Maghrib

Firman Allah S.W.T: " Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. " - (Surah Al-Baqarah: 183)

1. Ayat tersebut diatas diwahyukan semasa Rasullah SAW berada diMadinah.

2. Puasa orang yang bertakwa adalah berpuasa secara menyeluruh. Menjaga diri daripada hilangnya pahala puasa.

3. Terdapat didalam bulan Ramadhan satu malam yang terlebih baik daripada 1000 bulan. Yang dipanggil malam Lailatul Qadr. Bersamaan dengan 83 tahun 3 bulan.

4. Solat sunat Tarawih hanya terdapat didalam bulan Ramadhan sahaja.

5. Sesiapa yang melakukan ibadah sunat fadhilatnya sama dengan ibadah fardhu.

6. Bulan Ramadhan merupakan bulan:
- kesabaran
- bertambahnya rezeki

7. Memberi makan semasa berbuka puasa kepada sesaorang lain, maka diampunkan dosanya dan yang memberi akan dapat sama pahala dengan orang yang menerima. Tanpa tiada kekurangan sedikit pun daripada pahalanya.

8. Membaca 'La illa ha illallah' medapat keampunan dosa- dosa besar. Sekira dosanya sudah terhapus maka dihapuskan pula dosa kedua orang ibu bapa nya. Rasulullah SAW menyuruh diperbanyakkan dengan amalan ini.

9. Memperbanyakkan kepada Allah SWT agar diberikan kepada diri yang meminta dengan rahmatNYA anugerah surga. Tidak masuk sesaorang kedalam syurga kerana amalnya. Tetapi dimasukkan sesaorang kedalam syurga hanya dengan rahmat Allah SWT. Juga berdoa agar dijauhkan daripada siksaan azabk kubur dan neraka.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809