Ustaz Nizam 150711

Ustaz Nizam 150711
Kuliah Maghrib

1. Mempelajari ilmu Tasauf memerlukan sesaorang itu berguru. Untuk memberi panduan akan kefahaman ilmu tersebut. Terutama untuk memahami kitab kitab yang ditulis didalam bahasa Arab.

2. Menterjemah hadith dan quraan memerlukan kefahaman untuk meletak sesuatu hukum. Kerana terdapat ayat ayat yang jika diterjemah mengikut bahasa sahaja tidak cukup. Sesaorang itu perlu memahami konteks ayat tersebut diturunkan. Maka ini juga sebab mengapa mempelajari ilmu agama memerlukan guru.

3. Rasulullah SAW banyak berpuasa pada bulan Syaaban. Apabila ditanya oleh para sahabat mengapa baginda melakukan begitu. Baginda menyatakan dibulan ini amalan ibadat dianggat pada bulan ini. dan baginda suka jika amalan nya diangkat diwaktu sedang berpuasa.

4. Andaian seorang guru itu boleh disamakan dengan seorang bapa. Bolehkah seorang anak membesar dengan baik tanpa bimbingan seorang bapa? Bagaimana keadaan seorang yang yatim tanpa seorang bapa?

5. Saorang guru memberi panduan dan kefahaman didalam ilmu tersebut. Guru juga memberi teguran untuk memantapkan disiplin seorang penuntut. Didalam belajar ada sesuatu susah untuk kita beramal tanpa dipaksa oleh seorang guru. Seorang guru juga bolehbdijadikan sebagai tempat rujukan.

6. Mempelajari ilmu Tasauf memerlukan;
- kecerdikan
- tama' berilmu.
- bersunguh sunguh didalam mempelajari
- kemampuan dari sudut;
* kewangan
* bahasa
- bimbingan daripada guru
- panjang masa belajar (mengulang kaji)

7. Mempelajari ilmu tasauf memerlukan disiplin yang tinggi. Supaya ilmu itu diamalkan dengan baik.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809