Ustaz Rusmaidi 300711

Ustaz Rusmaidi 300711
Kuliah Maghrib

1. Kelebihan beribadat didalam bulan Ramadhan adalah Rahmat yang dianugerahkan Allah SWT kepada orang orang yang beriman.

2. Ganjaran yang diberikan Allah SWT kepada hambanya dapat diandaikan seperti pekerja dengan majikannya. Habuan yang dapat kepada pekerja selepas menjalankan tugas dengan baik.

3. Persediaan untuk menghadapai Ramadhan telah dibuat oleh Rasulullah SAW dan para sahabat semenjak dari bulan Rejab dan Syabaan lagi.

4. Solat merupakan satu ibadat yang perlu dibuat persiapan yang rapi ketika menghadapi bulan Ramadhan. Sembahyang sunat tarawih merupakan solat sunat yang hanya ada dibulan ini.

5. Para sahabat dan orang- orang yang soleh apabila ditinggalkan Ramadhan bersedih. Menanggis kerana merindukan bulan yang mulia.

6. Dengan kekuatan Ramadhan, dipeliharakan manusia yang menjaga ibadahnya akan dihindarkan dirinya daripada perkara maksiat.

7. Berkatnya dibulan Ramadhan adalah pengampunan dosa dosa kepada orang orang beriman.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809