Usta Shamsuddin 081219

Kuliah Subuh

✓ Allah SWT sentiasa memerhati dan melihat segala perlakuan kita. Bagi orang yang beriman sedar akan perkara ini sudah cukup untuk menguatkan imannya.

✓ Bagi orang yang mempunyai ilmu tentang sifat Allah SWT akan membuatnya mengenali akan Tuhannya. Tahu yang Allah SWT mempunyai kuasa untuk melihat segala apa yang dilakukan oleh makhlukNYA. Tahu dan sedar yang Allah SWT yang mentakdirkan segala apa yang berlaku dialam ini.

✓ Orang yang beriman yang kenal akan Allah SWT apabila ia melihat segala apa yang ada dialam ini akan segera mengingatkan dia kepada kekuasaan Allah SWT. Makam iman yang fanak.

✓ Hatinya sentiasa mengingati Allah SWT. Apa yang dilihatnya didalam alam ini membawanya akan menyedari akan segala kekuasaan NYA. Malah lagi dalam dia mengkaji segala makhluk lagi dia kenal akan penciptanya. Lagi kuat imannya. Lagi yakin nya akan penciptanya. Lagi cinta kepada Allah SWT. Takut kepada NYA. Mengharap akan keredhaan NYA.

✓ Sedar akan siapa dirinya. Makhluk sahaja. Yang ada Penciptanya. Tahu yang DIA adalah yang berkuasa. Tidak ada perkara dan benda yang dapat menandingi akan NYA.

✓ Hati orang yang beriman dapat melihat sifat sifat Allah SWT disekelilingnya. Melihat keagungan kuasa NYA. Maka lagi yakin dia akan segala janji-janji Tuhan nya. Perasaan fanak ini akan membuat keimanannya lagi tinggi. Sehinggalah jika diizinkan Allah SWT meningkat kepada tingkatan makam baqa'.

✓ Baqa' merupakan makam iman yang sentiasa melihat Allah SWT apabila dia memerhatikan segala apa di dalam alam ini. Mata hatinya semakin 'conscious' akan sifat sifat Tuhan NYA.

✓ Jika diizinkan Allah SWT sesaorang yang tinggi makam imannya dapat melihat rahsia akan apa sahaja ketentuan Allah SWT. Kenal kebijaksanaan dan kehebatan Tuhan. Arief Billah.

✓ Wassalam.


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914