Ustaz Zaki 201219

Kuliah Maghrib

✓ Aqidah perlulah dipelajari agar tidak dipesungkan oleh orang orang yang berkepentingan dan syaitan.

✓ Sehingga kehari ini terdapat banyak ajaran ajaran yang sesat. Pihak berwajib sentiasa memperingati jemaah akan bahaya golongan yang sesat.

✓ Ingat akan hari dimana setiap orang diberi catitan amalan dihari akhirat. Setiap perbuatan kita akan dicatit serta dihitung. Sekecil-kecil hingga sebesar-besar amalan.

✓ Perkara yang kita hadapi ini termaktub didalam AL Quran.

✓ Orang murjiah tidak yakin akan perkara diatas....

✓ Ada golongan manusia yang kuat beribadat. Hingga dianggap dirinya adalah orang yang dikasihi Allah SWT. Perkara yang haram itu dianggap halal baginya. Dia yakin bahawa dia tidak perlu lagi melakukan ibadah. Semua manusia seumpama ini adalah mereka yang terpesong oleh pujukan syaitan.

✓ Syaitan telah membuatkan yang apa yang diamalkan itu baik pada pandangan nya.

✓ Ada orang yang berzikir dengan banyak sehingga satu ketika dia merasakan dirinya manusia yang hebat. Tidak perlu lagi melakukan amal ibadah.

✓ Ada juga orang yang mempercayai fahaman sosialis komunis yang bercanggah dengan kefahaman agama Islam.

✓ Oleh kerana ilmu yang dengkil didalam bidang aqidah maka ramai orang yang terpesong kepercayaan mereka. Diakhirat nanti mereka akan menghadapi kesusahan. Yang telah dijelaskan didalam AL Quran.

✓ Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914