Ustaz Syazwan 221219

Kuliah Maghrib

✓ Salah satu rukun iman adalah percaya kepada Qadha dan Qadar.

✓ Qadha' ialah pelaksanaan Allah terhadap apa yang telah ditetapkan, manakala qadar bermaksud ketentuan dan ketetapan Allah sejak azali.

✓ Qadar merupakan ketetapan Allah SWT sebelum perkara itu berlaku.

✓ Wajib bagi seorang mukmin apa sahaja yang berlaku telah pun ditetapkan. Yang baik dan buruk. Telah ditetapkan semenjak diazali lagi. Kekuasaan Allah SWT yang maha tinggi.

✓ Apa sahaja yang akan berlaku kepada kita pada masa hadapan telah pun ditetapkan. Segala yang diikhtiarkan adalah usaha yang perlu dilakukan tetapi apa yang terjadi sama ada baik atau tidak telah pun ditentukan Allah SWT.

✓ Ahli sunnah Waljamaah meletakkan usaha dan ikhtiar diatas setiap individu. Perlu berusaha untuk beramal dan menjauhkan segala larangan NYA. Tetapi apa yang berlaku kemudian adalah kehendak NYA.

✓ Golongan Jabariah mempercayai segala yang berlaku baik dan buruk telah ditentukan jadi tidak perlulah berusaha. Ini bertentangan dengan keyakinan ahli sunnah wajamaah.

✓ Golongan Kadariah pula menyakinkan bahawa yang baik daripada Allah SWT dan yang buruk adalah kehendak / pilihan manusia. Ini juga bertentangan dengan keyakinan ahli sunnah waljamaah.

✓ Sesaorang yang beriman hendaklah selalu memohon ampun dan maaf keatas kesilapan dan dosa yang dilakukan. Yakin bahawa selain daripada para nabi setiap manusia tidak terlepas daripada dosa.

✓ Apa yang jadi keatas kita adalah kehendak Allah SWT. Menjadi seorang alim ulama juga kehendak Allah SWT. Menjadi seorang yang fasik juga kehendak NYA. Jadi perlulah memperbanyakkan istighfar kepada NYA. Selalu berdoa agar DIA memberi hidayah kepada kita setiap masa sepanjang hayat.

✓ Orang yang beriman janganlah memandang sombong keatas orang yang kurang amalan soleh daripadanya. Kita boleh memandang jijik perbuatan maksiat sesaorang itu tetapi tidak boleh memandang hina keatas orang tersebut. Sifat sombong itu adalah sifat iblis.

✓ Perintah dan kehendak Allah SWT adalah dua perkara yang berlainan. Apa yang berlaku adalah diatas kehendak NYA.

✓ Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914