Ustaz Abdul Halim 221219

Kuliah Subuh

✓ Akal merupakan ciptaan Allah SWT yang disukai NYA.

✓ Dengan akal manusia dapat melakukan berbagai ciptaan di sepanjang zaman. Tetapi akal itu tidak dapat menandingi kekuasaan Allah SWT.

✓ Contohnya adalah Firaun dengan sombongnya membina piramid dengan tujuan hendak naik ke langit berjumpa dengan Tuhan Musa. Akhirnya dia dihapuskan dan Allah SWT membiarkan piramid itu berdiri sehingga hari ini, untuk menjadi pengajaran kepada manusia zaman kezaman.

✓ Akal juga membolehkan manusia menimba ilmu dengan banyak sekali. Dicipta berbagai-bagai kelengkapan untuk kebaikan bersama dan juga membuat perkara-perkara yang merusakkan.

✓ Akal juga dapat memikirkan jauh kehadapan. Semasa peperangan diantara tentera Islam Melayu dengan tentera kafir Thai. Ramai orang Islam Melayu berjihad. Tetapi panglima pemerintah tentera Islam tidak mengizinkan para ulama untuk berperang bersama. Mereka menghantar para ulama ke Mekah untuk mempelajari ilmu agama. Agar agama ini tidak pupus dimasa hadapan. Sehingga hari ini agama Islam bertambah kukuh dibumi Melayu ini.

✓ Akal juga selalu bertentangan dengan hawa nafsu. Dengan nya juga manusia dapat menjauhkan diri daripada dorongan jahat nafsu dan rasukan iblis dan syaitan.

✓ Akal juga dapat menilai sesuatu perkara. Baik buruk sesuatu hal. Tetapi manusia ramai tidak menggunakan akal. Syaitan memain peranan dengan mempengaruhi manusia mengikut nafsu daripada mengikut penilaian akal. Contohnya ada manusia yang menyembah berhala sebagai tuhan mereka. sememangnya perkara ini tidak dapat diterima oleh akal. Tetapi kerja syaitan memanglah berusaha untuk menjauhkan manusia daripada kebenaran.

✓ Akal juga dapat dikembang dengan banyak mentelaah Al Quran. Dengan nya dapat dipimpin akal kejalan yang benar. Bagi seorang mukmin disuruh oleh agama untuk memperbanyakkan membaca AL Quran.

✓ Segala amalan yang dikerjakan oleh manusia akan dicatatkan oleh malaikat. Nanti dihari akhirat akan dipersembahkan untuk diadili oleh Allah SWT. Ada yang diterima dan ada yang ditolak. Para malaikat menyatakan perkara yang ditolak juga amalan yang baik. Allah SWT menjawab yang diterima adalah amalan yang dilakukan kerana Allah SWT. Yang dilakukan kerana selain daripada itu ditolak.

✓ Ketika itu ramai yang akan menyesal kerana amalan yang ditolak kerana dilakukan untuk mendapat pujian. Untuk mendapat keuntungan didunia sahaja.

✓ Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914