Ustaz Nizam 291219

Kuliah Subuh

✓ Ada golongan yang menyalah guna Al Quran Dan hadith Untuk memuaskan nafsu. Tanpa merujuk kepada maksud sebenar ayat ayat Al Quran tersebut

✓ Orang yang beriman sentiasa berpegang teguh kepada ajaran sebenar Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

✓ Sebaik baik makhluk yang dijadikan Allah SWT adalah para nabi dan para rasul. Yang utama dari sekelian nabi dan rasul adalah Nabi Muhammad SAW.

✓ Apa sahaja yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar walaupun ia bertentangan dengan  logik. Itulah pegangan orang yang beriman.

✓ Pegangan ahli sunnah waljamaah adalah para Nabi adalah manusia yang maksum. Manusia yang lain bukan nya sampai kepada makam maksum. Para wali dikatakan makfus. Dijaga Allah SWT. Tetapi tidak sampai ke makam para nabi.

✓ Sifat wajib bagi Rasul adalah Sidiq, Amanah, Tabligh, Fathanah.

✓ Sifat Mustahil bagi para nabi Kidzib - berbohong, Khianat, Kitman- sembunyi wahyu, Jahlun- bodoh.

✓ Sebagai orang yang beriman hendaklah berwaspada dengan cerita-cerita yang merendah murtabak para nabi. Allah SWT menjaga para nabiNya.

✓ Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914