Ustaz Ali 101219

Kuliah Maghrib

✓ Bagi orang-orang yang beriman hendaklah memperbanyakkan selawat ke atas nabi Muhammad SAW untuk mempermudahkan perjalanan dipadang Mahsyar dihari akhirat kelak.

✓ Diakhirat kelak suasana disana begitu menyusahkan. Maka harapan yang kuat untuk mendapatkan syafaat Nabi SAW. Maka jika kita banyak memperbanyakkan selawat maka dipermudahkan untuk bertemu baginda Rasulullah SAW.

✓ Apabila kita melakukan amalan janganlah ingat kita ini sudah hebat. Ahli ibadah yang hebat. Ahli syurga....Jangan sama sekali. Keta melakukan ibadah kerana Allah SWT.

✓ Sebagai seorang mukmin kita mengharapkan akan keredhaan Allah SWT. DiterimaNya amalan kita sebagai bekalan diakhirat kelak. Syurga itu bukan kerana ibadah kita. Tetapi ia adalah kerana rahmat NYA.

✓ Takut kepada Allah SWT. Takut apa yang kita lakukan didunia ini mengundang kemurkaan NYA. Maka memperbanyakkan taubat kepada Illahi

✓ Khuatir yang Allah SWT menolak segala amalan kita kerana perbuatan kita didunia ini. Disebabkan hubungan kita dengan manusia bermasalah.

✓ Banyak musuh semasa hidup kita didunia. Ditakuti yang doa mereka akan dimakbulkan Allah SWT. Maka perlulah semasa hayat kita dijaga hubungan kita sesama manusia. Sekiranya melakukan salah dan silap cepatlah meminta maaf kepada mereka.

✓ Kemurkaan Allah SWT keatas kita jika kita tidak jaga hubungan yang baik dengan jiran, sahabat handai, kaum keluarga, orang orang yang miskin dan juga anak anak yatim.

✓ Abdullah Amru seorang sahabat menyarankan bahawa banyakkan menangis kerana takutkan akan siksaan diakhirat kelak.

✓ Lebih baiklah kita banyak menangis didunia daripada kita menangis menyesal diakhirat kelak. Didunia kita sempat memohon ampun dan taubat.

✓ Orang yang menjauhi sifat takabbur akan diberikan ganjaran kepada kita. Menjadikan kita orang yang tawaduk.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914