Ustaz 251219

Kuliah Subuh

✓ "Maukah kalian aku tunjukkan orang yg haram (tersentuh api) neraka?" tanya Rasulullah SAW.


Para sahabat berkata, "Iya, wahai Rasulallah!"


Beliau Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menjawab, "(Haram tersentuh api neraka) orang yg hayyin, layyin, qorib, dan sahl" ( Hr. Imam At-Tirmidzi dan Imam Ibnu Hiban)



✓ HAYYIN, orang yang beriman mempunyai sifat tenang. Mereka merupakan golongan yang Rasulullah SAW menyatakan yang Allah SWT mengharamkan daripada api neraka. Mereka juga tidak mudah melenting. Tidak menyebarkan sesuatu maklumat tanpa diperiksa.

✓ LAYYIN, Orang yang mempunyai budi bahasa yang baik adalah golongan kedua Rasulullah SAW menyatakan tidak disentuh oleh api neraka. Beradab sopan yang disenangi oleh orang yang disekelilingnya. 'Character' yang tinggi nilai pekertinya.

✓ QORIB, mereka merupakan manusia yang mengeratkan silaturrahim. Tidak suka berkonflik dengan perkara-perkara yang kecil. Melakukan perkara yang dapat mengeratkan hubungan keluarga dan kejiranan.

✓ SAHLIN...golongan orang beriman yang suka memudahkan urusan manusia. Tidak menyusahkan orang.

✓ Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914