Ustaz Shamsuddin 211219

Kuliah Subuh

✓ Allah SWT tidak dapat dilihat dengan mata kasar didunia ini. Tetapi diakhirat kelak kita dapat melihat NYA.

✓ Didunia ini Allah SWT dapat dilihat dengan mata hati orang-orang yang beriman dan soleh.

✓ Sebab didindingkan penglihatan kita dengan Allah SWT adalah kerana IA terlalu dekat dengan kita. Nur NYA terlalu terang dan terlalu agong.

✓ Orang yang beriman yakin yang Allah SWT itu wujud. DIA lah yang maha pencipta.

✓ Para ulama membincangkan sebab kita tidak dapat melihat NYA dengan mata kasar kita didunia ini. Sebabnya adalah secara fizikal kita tidak mampu berhadapan dengan zat Allah SWT.

✓ Diakhirat kelak diizinkan Allah SWT untuk manusia dapat melihatnya secara fizikal.

✓ Hamba hamba Allah SWT yang soleh dapat melihat NYA dengan mata hatinya. Mereka ini merupakan orang-orang yang terpilih.

✓  Para ulama menyatakan yang manusia tidak dapat melihat NYA berkemungkinan DIA terlalu dekat dengan hamba NYA.

✓ Satu andaian jika dibau minyak kasturi memang baunya itu sungguh enak. Tetapi jika kita berada didalam yang kasturi itu banyak sekali, kita sudah tidak dapat conscious akan kasturi itu. Begitu juga dengan penglihatan kita dengan Allah SWT. Kerana DIA terlalu dekat dengan kita.

✓ Mata manusia juga tidak terdaya merenung matahari. Kerana cahayanya terlalu kuat. Begitu jugalah manusia tidak dapat melihat Allah SWT kerana sinarannya terlalu terang yang  tidak mampu dilihat oleh manusia. Nur Allah SWT mempunyai energi yang terlalu kuat intensitinya yang tidak membolehkan mata manusia melihatnya.

✓ Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914