Ustaz Fazrul 251219

Kuliah Maghrib

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

✓Surah Al Hashr Ayat ke18 maksudnya:  Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.

✓ Orang yang beriman perlulah memastikan persiapannya untuk kehari akhirat secukupnya.

✓ Semasa didunia orang yang beriman merasa cemas sekiranya sampai masanya untuk menunaikan ibadah yang diwajibkan Allah SWT keatas dirinya.

✓ Orang yang ingin berjaya hidupnya diakhirat kelak hendaklah dia menjadi seorang yang bertakwa.

✓ Perlulah kita melihat gerak diri sendiri supaya tidak terlepas mengerjakan ibadah dengan secukupnya agar selamat diakhirat kelak.

✓ Selalu mendekatkan diri dengan Al Quran. Memperelokkan solat dan Infaq sebahagian daripada rezeki yang diberikan Allah SWT. Ciri ciri orang yang bertaqwa.

✓ Allah SWT akan menyenangkan hidup orang orang yang bertakwa. Dengan cara yang tidak diduga.

✓ Allah SWT maha mengetahui. DIA teliti akan apa yang dilakukan oleh seseorang hamba NYA. Maka bagi orang yang beriman setelah dia berusaha maka berjaya atau tidak kita serahkan kepada Allah SWT. Teruslah berusaha...

✓ Orang yang beriman janganlah melakukan sesuatu yang akan kita melupakan Allah SWT. Orang yang melambat lambat kan solat sama lah perbuatan itu melupakan Allah SWT.

✓ Bayangkanlah jika Allah SWT melupai kita...

✓ Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914