Ustaz Nasaruddin 250411
Ustaz Nasaruddin 250411 Kuliah Maghrib 1. Al Quran itu sebagai satu mukjizat kepada umat Islam yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW. Supaya dipegang kuat oleh umat Islam. 2. Orang Yahudi hari ini pun ada yang menghafal Al Quran. Saorang doktor muslim pernah melawat kesatu perputakaan di Amerika. Didapati saorang Yahudi yang sedang membaca Al Quran. Bila ditanya oleh doktor itu dia menyatakan yang dia adalah saorang yang menghafal kitab Al Quran. 3. Hari ini sepatutnya semua keluarga muslim mempunyai sekurang-kurang seorang dari kalangan mereka yang menghafal Al Quran. Supaya kitab ini terjaga dan dipraktikkan agar generasi akan datang tidak melupainya. 4. Rasulullah SAW berpesan bahawa orang yang mengajar hendaklah memberi ilmu agar jemaahnya itu terselamat daripada Api Neraka. Setiap guru mempunyai caranya tersendiri apabila mengajar. Dia akan membawa ilmu itu dengan cara yang terbaik. Maka orang yang menerima ilmu itu haruslah bersabar ketika mempelajarinya. 5. Didalam masyarakat or...