Ustaz Nazri 160411

Ustaz Nazri 160411
Kuliah Subuh

Terdapat artikel didada sebuah akhbar harian yang membawa tajuk dimuka hadapan yang mengelirukan orang ramai tentang hukum Islam yang dijalankan. Saolah Islam itu zalim dan ganas. Pada hal hukum sebat yang dipersoalkan oleh akhbar itu didalam Islam lebih ringan daripada hukuman sebat secara konvensional yang dijalankan dipenjara- penjara moden.

Seorang muslim yang mempersendakan hukum Islam adalah satu perbuatan yang boleh disamakan dengan orang munafik. Perbuatan itu boleh menjatuhkan syahadah sesaorang itu. Sekiranya sesaorang itu jahil didalam ilmu ilmu didalam Islam yang berlandaskan Quran dan Hadith serta mempersendakan agama, samalah perbuatan itu dengan orang orang jahiliah dizaman Rasulullah. Mereka ini boleh ditakrifkan jahiliah moden.

Masyarakat hari ini ramai yang terjebak didalam hiburan yang melampau. Pernah ditanya kepada seorang wanita yang sudah berumur apakah perkara yang ingin dilakukan didalam hidup ini. Dijawapnya dia ingin benar menyanyi secara berduet dengan penyanyi pujaannya sebelum meninggal dunia.

Al Quran itu adalah satu mukjizat yang dianugerahkan Allah SWT kepada Rasulullah SAW. Yang dikatakan mukjizat adalah anugerah yang diberkan Allah SWT kepada nabi nabi yang bertentangan dengan sunatullah. Berlainan dengan logika akal. Al Quran itu bersesuian dengan zaman. Daripada Zaman diturunkan wahyu hinggalah dizaman ini dan juga nanti dizaman yang akan datang.

Dizaman jahiliah walaupun mereka memahami maksud Al Quran dan hati kecil mereka mengakui akan kebenarannya. Tetapi kerana kedegilan itu mereka melakukan berbagai cara untuk menghakiskan mesej itu. Termasuklah hiburan yang melampau. Hari ini juga terdapat banyak program program hiburan yang melampau jika dibandingkan oleh program berunsur agama. Malah program yang berteraskan penyajian Al Quran cukup kurang sekali.

Contoh pemerintahan Khalifah Harun Al Rashid boleh diambil bagaimana agama Islam yang berteraskan Al Quran dan Hadith dapat memberi penyelesaian kepada banyak masaalah yang dihadapi masyarakat sezaman. Pada masa pemerintahannya, beliau:
- Mewujudkan keamanan, kedamaian serta kesejahteraan rakyat.
- Membangunkan kota Baghdad dengan bangunan-bangunan megah.
- Membangunkan tempat-tempat ibadat.
- Membangunkan prasarana pendidikan, kesihatan, dan perdagangan.
- Mendirikan Baitul Hikmah, sebagai lembaga penterjemah yang berfungsi sebagai perguruan tinggi, perpustakaan, dan penelitian.
- Membangunkan majlis Al-Muzakarah, iaitu lembaga pengkajian masalah-masalah keagamaan yang diselenggarakan di rumah-rumah, masjid-masjid, dan istana.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914