Ustaz Rahmatullah 040411

Ustaz Rahmatullah 040411
Kuliah Maghrib

1. Adab memasuki dan keluar daripada tandas. Termasuk didalam tuntutan agama Islam. Terutama apa yang diajar oleh Rasulullah SAW.

2. Meminta kepada Allah SWT supaya dilindungi kita akan segala perkara yang membawa keburukkan ketika didalam tandas.

"Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina".

3. Makruh bercakap-cakap didalam tandas. Contohnya menjawap pangilan telepon. Begitu juga jika kita bersin, tidak digalakkan mengucap Alhamdilillah.

4. Tidak perlu menjawap Azan semasa kita berada didalam tandas. Begitu jugalah jika orang memberi salam, tidaklah perlu menjawapnya.

5. Apabila hendak keluar daripada tandas pun ada doanya. Ini adalah contoh yang ditunjjukan oleh Rasulullah SAW.

"Bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakanku kenikmatan dan mengekalkan dalam diriku kekuatan dan menjauhkan segala penyakit daripada aku."

6. Bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi kita nikmat untuk membuang najis daripada badan kita. Dengan itu kesihatan kita terjamin. Bayangkan sekiranya Allah SWT tidak mengizinkan diri kita membuang najis selama beberapa hari. Tentu kita akan merasa sakit dan tidak selesa.

7. Dilarang kita membuang najis di tempat orang awam. Seperti dijalan raya. Begitu juga dilarang kita membuang air kecil atau besar didalam lubang yang berkemingkinan ada binatang binatang yang ada didalam lubang tersebut.

8. Latihkan diri memasuki tandas didahulukan dengan kaki kiri dan keluar didahului dengan kaki kanan.

9. Membuang najis dengan memberatkan badan diatas tumit kaki kiri dan luruskan kaki kanan. Ini adalah sunnah Rasulullah SAW. Beristinjak dengan menggunakan tangan kiri.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914