Ustaz Nasaruddin Ali 280311

Ustaz Nasaruddin Ali 280311

Kuliah Maghrib

1. Kalau syurga itu tempat yang kita yakin semasa kita di akhirat nanti. Maka didalam Al Quraan, Allah SWT menyatakan kepada kita supaya menginginkan akan kematian.

2. Pastilah ramai yang tidak mahukan kematian, malah mereka akan ingin hidup di dunia selama lamanya. Mereka sanggup hidup seribu tahun.

3. Umur yang panjang tidak akan menjamin kita ke syurga.

4. Imam Al Ghazali menyatakan perkara yang menyelamat manusia diakhirat nanti adalah:
- taqwa
- ikhlas beramal soleh
- kesungguhan menghidupkan agama

5. Imam Al Ghazali menyatakan Didalam sifat taqwa ada kebahagiaan kepada manusia;
- Allah SWT bersama sama dengannya
- Akan dikurniakan Ilmu laduni
- Mampu membezakan kekeliruan. Membezakan yang baik dan buruk
- Keselamatan daripada siksaan api neraka
- Terpelihara daripada tekanan hidup. Diberi sesuatu yang tidak diduganya.
- Janji Allah SWT syurga yang dipusakakan kepada orang orang yng bertaqwa
- Mendapat kemulian dunia dan akhirat disisi Allah SWT

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914