Ustaz Dr Jamnul 150411

Ustaz Dr Jamnul 150411
Kuliah Maghrib

Tidak akan berlaku hari kiamat, Melainan berlaku peperangan diantara orang Islam dengan orang Yahudi. Peperangan ini di panggil Armegeddon.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah saw. Bersabda, "Tidak akan datang hari kiamat sehingga kaum muslimin memerangi kaum Yahudi dan membunuh mereka. Sehingga, bersembunyilah orang-orang Yahudi di belakang batu atau kayu, kemudian batu atau kayu itu berkata, 'Wahai orang muslim, wahai hamba Allah, ini ada orang Yahudi di belakang saya, kemarilah dan bunuhlah dia!' Kecuali pohon Gharqad (yang tidak berbuat demikian) karena ia termasuk pohon Yahudi." Imam Bukhari meriwayatkan dari Abdullah bin Umar bahwa Rasulullah saw. Bersabda, "Kalian akan diperangi oleh bangsa Yahudi. Lalu, kalian diberi kemenangan atas mereka, sampai-sampai batu pun akan berbicara, 'Hai muslim, ini seorang Yahudi di balikku, bunuhlah ia!'"

Rasulullah SAW melakukan perjalanan daripada Mekah ke Abuwa' untuk meziarahi kubur bapanya. Umur Baginda berusia enam tahun. Ibunya pula jatuh sakit dan meninggal diAbuwa'. Kemudian Baginda dibela olih Abu Mutalib, Dato' nya.

Abu Mutalib pada satu hari membawa Rasulullah SAW ke Palestin. Semasa perjalanan itu Abu Mutalib melihat dua kepulan awan melindungi baginda. Kemana unta Baginda itu berjalan, awan itu pasti mengikut. Didalam perjalanan rombongan mereka ditahan oleh sekumpulan padri.

Padri- padri tersebut mendapatkan Rasulullah. Dengan cepat dilindungi oleh Abu Mutalib kerana khuatir Rasulullah SAW yang masih kecil itu disakiti. Para padri itu bertanya beberapa soalan kepada Abu Mutalib tentang Rasulullah SAW. Termasuk tanda kenabian dibelakang Rasulullah SAW.

Para padri yang berada dipalestin, bagaimana mereka tahu tentang tanda kenabian Rasulullah SAW? Apabila ditunjukkan juga kepada paderi, menanggis kerana itulah bukti kenabian yang terdapat didalam kitabnya. Paderi itu menyatakan kepada Rasulullah SAW bahawa jika dia masih hidup ketika wahyu yang pertama diturunkan, dialah yang akan menjadi orang pertama yang beriman dengan Islam.

Didalam kitab Veda juga terdapat tentang kedatangan Rasulullah SAW.

Seorang Malechha (dari negara asing dan bertutur dalam bahasa asing) yang merupakan guru kerohanian akan muncul bersama-sama sahabat-sahabatnya. Namanya adalah Mahamad...

Kedatangan Rasulullah SAW adalah untuk menyelamatkan manusia daripada kekufuran. Kembali kepada hidup yang dirahmati Allah SWT.

Baginda juga pernah memberi amaran tentang perihal manusia diakhir zaman serta tanda tanda akhir zaman.

Telah terjadi apa yang dikhabarkan baginda tentang tanda tanda kiamat kecil seperti apa yang terjadi di negara negara Arab.

Orang mukmin yakin yang kemenangan orang Islam keatas orang Yahudi pasti akan datang. Seperti yang pernah diberi gambaran oleh Rasulullah SAW. Kemenangan ini terjadi bersama dengan kemunculan Imam Mahadi dan Nabi Isa.....

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914