Ustaz Nasaruddin 250411

Ustaz Nasaruddin 250411
Kuliah Maghrib

1. Al Quran itu sebagai satu mukjizat kepada umat Islam yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW. Supaya dipegang kuat oleh umat Islam.

2. Orang Yahudi hari ini pun ada yang menghafal Al Quran. Saorang doktor muslim pernah melawat kesatu perputakaan di Amerika. Didapati saorang Yahudi yang sedang membaca Al Quran. Bila ditanya oleh doktor itu dia menyatakan yang dia adalah saorang yang menghafal kitab Al Quran.

3. Hari ini sepatutnya semua keluarga muslim mempunyai sekurang-kurang seorang dari kalangan mereka yang menghafal Al Quran. Supaya kitab ini terjaga dan dipraktikkan agar generasi akan datang tidak melupainya.

4. Rasulullah SAW berpesan bahawa orang yang mengajar hendaklah memberi ilmu agar jemaahnya itu terselamat daripada Api Neraka. Setiap guru mempunyai caranya tersendiri apabila mengajar. Dia akan membawa ilmu itu dengan cara yang terbaik. Maka orang yang menerima ilmu itu haruslah bersabar ketika mempelajarinya.

5. Didalam masyarakat orang Islam terdapat adat yang menyimpang daripada hukum Al quran. Penyimpangan ini hendaklah diperbetulkan dengan segera. Kerana kerosakkan kepada masyarakat pasti terjadi. Hukum Allah SWT hendaklah diletakkan ditempat yang paling tinggi.

6. Terjadi satu peristiwa dinegeri Kongo, didalam satu perlawanan bola sepak diantara Kongo dan Mesir. Apabila permain Mesir menjaringkan Gol dia bersujud syukur ditengah padang. Orang Kongo merasa hairan akan perbuatan tersebut. Apabila diterangkan oleh Mufti Kongo akan sujud syukur, ramai orang Kristian di Kongo memeluk Islam.

7. Surah Al Jin Ayat 16...Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezeki yang banyak).QS. al-Jinn (72) : 16.

8. Orang yang beriman hendaklah tetap dijalan Allah SWT, walaupun ada orang yang berniat buruk kepada diri sendiri. Yakinlah yang Allah SWT akan melindungi orang mukmin serta diberi ganjaran dunia dan akhirat.

9. Tetaplah mendirikan sembahyang dengan khusyu'. Serta ditambah lagi dengan solat sunnat. Semoga diberikan Allah SWT ganjaran dan petunjjuk.

10. Memahami Al Quran itu satu kewajipan bagi setiap orang Islam. Mempelajari tafsir Al Quran merupakan satu tuntutan yang membawa ummah kejalan yang dikehendaki Allah SWT.

11. Memberi sedekah itu satu peluang yang Allah SWT beri kepada orang yang beriman supaya mendapat kurniaan didunia dan diakhirat. Yang afdal adalah memberi sedekah diwaktu pagi.

12. Sesiapa yang meringgankan beban yang dihadapi oleh saudara mukmin, pasti deberi ganjaran oleh Allah SWT.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914