Dr. Hafizi 090411

Dr. Hafizi 090411

Kuliah Maghrib : Fitnah

1. Pada zaman Rasulullah SAW ada saorang wanita yang mendatangi baginda untuk mengaku diatas dosanya yang berzina hingga mengandung. Baginda menyuruh wanita tersebut balik dahulu sehingga melahirkan anaknya. Kemudian setelah melahirkan anak dia kembali menemui Rasulullah SAW. Baginda menyuruh wanita tersebut kembali sehingga anaknya disusukan genap umurnya dua tahun. Selepas disusui anaknya dia kembali bertemu baginda. Baru lah baginda memerintahkan yang wanita itu dijatuhkan hukum hudud. Baginda bersabda yang bermaksud bahawa sekiranya Allah SWT menerima taubat wanita ini, ia melebihi amalan melebihi 70 orang di Madinah ketika itu.

2. Peristiwa ini memberi pengajaran supaya kita tidak menghebuh hebuhkan aib sesaorang mukmin. Dijaga kehormatan sesaorang itu walaupun dia melakukan dosa yang besar.

3. Orang mukmin tidak akan menyebarkan perkara yang aib yang telah terjadi keatas seorang mukmin. Perbuatan yang suka membuka aib sesaorang dan menyebar fitnah adalah perbuatan orang munafiq. Peristiwa IFT yang terjadi keatas Aisyah RA yang dibawa oleh orang munafiq. Allah SWT telah menurunkan ayat al quraan didalam Surah An Nur bagaimana orang yang beriman seharusnya menangani persoalan seumpama ini.

4. Saidina Omar satu ketika mengesyaki sesaorang meminum arak didalam rumahnya. Baginda memasuki rumah tersebut melalui bumbung. Setelah baginda masuk, orang tersebut menyatakan kepada baginda bahawa sekiranya dia melakukan satu dosa, baginda telah melakukan tiga dosa.
- Tidak memasuki melalui pintu
- Memasuki rumah tanpa izin
- Mengintip serta mencari kesalahan orang
Selepas mendengar apa yang dikatakan oleh orang tersebut, Amir mukminin Saidina Umar menyesal akan perbuatan tersebut.

5. Ghibah itu adalah menceritakan perkara yang benar tetapi ianya tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya. Diakhirat nanti orang yang melakukan ghibah akan dimasukkan didalam neraka yang cukup luas. Sekiranya apa yang diceritakan itu bohong maka perbuatan itu adalah Fitnah.

6. Al Hujurat ayat 12. Menyuruh orang yang beriman menjauhi fitnah. Kerana perbuatan itu adalah perbuatan yang hina.

7. Perbuatan fitnah akan merosakkan masyarakat. Malah didalam sejarah Melayu Melaka, perbuatan fitnah telah merosakkan kerajaan yang dibina sebegitu lama. Fitnah keatas keluarga Tun Fatimah. Akhirnya kerajaan Melaka jatuh ketangan Portugis. Fitnah tersebut telah melemahkan kerajaan yang hanya menunggu masa untuk ranap.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914