Ustaz Mohd Zaid 250311

Ustaz Mohd Zaid 250311

ERTI KEJAYAAN DIDALAM ISLAM

1. Islam menekankan bahawa kejayaan dilihat didalam dua aspek
- Kejayaan diDUNIA
- Kejayaan diAKHIRAT

2. Didunia dipohonkan yang hidup memperolihi kesenangan dan ketenangan. Serta diakhirat nanti memperolihi keredhaan Allah SWT serta diberikan Syurga dengan rahmat NYA.

3. Surah Al Mukminun ayat 1 hingga 11
- Menyatakan siapakah orang yang berjaya didunia dan diakhirat

4. Orang yang beriman
- Orang yang percaya kepada rukun Iman dengan hati, lafaz dan perilakunya
- Apabila sesuatu yang berlaku orang beriman akan redha dan mengembalikan ketentuan tersebut kepada Allah SWT.
- Contohnya sepasang suami isteri berazam melakukan Umrah. Semua urusan dan pembayaran telahpun dijelaskan. Disaat akhir mereka diberitahu yang pihak berkuasa menolak permohonan visa. Ramai ahli rombongan rasa kecewa dan marah kepada syarikat yang mengendalikan perjalanan tersebut. Ada yang membuat lapuran Polis. Tetapi sepasang suami isteri tersebut tenang sahaja. Bila ditanya mereka menjawab ini adalah kehendak Allah SWT.

5. Khusyuk didalam solat
- Merasa tenteram didalam sembahyang. Seronok
- Para sahabat kekhusyukkan mereka cukup tinggi. Saidina Ali terkena anak panah ketika dimedan perang. Dipesankan kepada sahabatnya supaya mencabut panah tersebut semasa dia bersolat.
- Rasulullah SAW memberi contoh kepada solat yang sempurna, supaya mendapat kekhusyukkan didalam solat.
- Hendaklah dilakukan perbuatan solat seperti solatnya Rasulullah SAW. Terutama perkara perkara yang wajib.
- berusaha mendapat ilmu solat yang sempurna

Akan bersambung disiri hadapan

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914