Ustaz Ghazali Omar 050411

Ustaz Ghazali Omar 050411
Kuliah Maghrib

1. Tanda tanda telah nyata bahawa manusia hari ini sudah tidak takut dengan Allah SWT.
- sanggup membunuh kerana hendak menyamun barangan yang harganya beratus sahaja.
- melakukan zina secara berterangan
- melahirkan anak anak diluar nikah, akibat berzina

2. Keadaan anak remaja orang muslim cukup menyusahkan hati. Budi bahasa sudah lebur. Akhlaq yang ditonjolkan adalah akhlaq yang buruk. Jauh sekali dengan apa yang diajarkan oleh Islam.

3. Akibat kelalaian ibu bapa memberi didikan dari awal lagi, sudah tidak lagi menjaga agama mereka. Contohnya ramai remaja perempuan yang telah baligh tidak mahu munutup aurat dengan sempurna. Remaja lelaki yang membuat bising ketika pergi kemasjid dihari jumaat.

4. Ada ibu bapa yang memberi contoh yang negatif kepada anak- anaka mereka. Ada bapa yang menyuruh anak lelakinya pergi kekedai judi untuk membeli numbor ekor.

5. Ada orang yang mempunyai ilmu tetapi tidak beramal. Tahu untuk melakukan ibadah tetapi tidak mahu. Tahu akan fadhilat sembahyang sunat tahajut malam, tetapi susah untuk bangun.

6. Ada orang yang beramal tetapi tidak cukup ilmunya. Saperti pokok yang tidak berbuah. Amal amalnya tertolak.

7. Solusi untuk memperbaiki keadaan masyarakat adalah dengan didikan yang baik. Ibu bapa perlu mempelajari cara yang terbaik untuk mendidik anak anak mereka.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914