Ustaz Rizal Zainal Abidin 010411

Ustaz Rizal Zainal Abidin 010411

Kuliah Maghrib

1. Harta dunia
- Ujian yang hebat bagi umat akhir zaman
- Merupakan fitnah kepada umat

2. Iqra'
- Membaca ayat ayat yang diwahyukan Allah SWT
- Juga manusia diminta membaca ayatullah. Sunnatullah
- Rasulullah SAW mengajar manusia melalui Al Quraan, akan sistem Syariat Allah SWT.

3. Sistem syariat Allah SWT
- Mengajak manusia berubah daripada sistem jahiliah kepada sistem Islam
- Sistem yang meminta manusia berlaku adil tidak kira kaya atau pun miskin, lelaki atau pun perempuan, bangsawan atau pun orang biasa.
- Orang qurish ketika itu tidak dapat menerima ajaran yang meminta manusia meninggalkan sistem kezaliman kepada sistem Allah SWT. Yang lebih adil.

4. Harta dijadikan umpan
- Bangsawan Qurish cuba memujuk Rasulullah SAW supaya meninggal kerja-kerja berdakwah mengajak manusia kejalan Allah SWT.
- Ditawarkan kepada Baginda berbagai harta dunia. Inilah fitnah dunia.

5. Manusia hari ini
- Cintakan harta dunia melebihi cinta mereka kepada perkara yang lain.
- Kerana harta, manusia sanggup melakukan kejahatan walaupun terhadap saudara mereka sendiri.
- Zaman fitnah ini, membuat manusia tersepit. Apa pilihan yang ada?
- yang satu untuk lari daripada fitnah harta dunia adalah kembali kepada Islam. Hidup bersama-sama dengan jemaah Islamiah. Mempraktikan ajaran Islam secara sepenuhnya.

wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914