Ustaz Shariff 060411

Ustaz Shariff 060411
Kuliah Maghrib

1. Jin sebelum menderhaka kepada Allah SWT dipanggil dengan nama Azazil. Setelah menderhaka dihalau keluar daripada Syurga. Ini dipanggil Iblis, Taghut dan Syaitan. Dikalangan jin juga ada yang beriman.

2. Ada hadith yang menerangkan bahawa makanan jin adalah tulang- tulang binatang. Ada diantara jin bertanya kepada Rasulullah SAW akan apakah makanan untuk mereka selepas memeluk agama Islam. Dikatakan bahawan jenis tulang yang disebutkan nama Allah SWT ketika disembeleh.

3. Didalam Al Quraan ada di sebutkan Jin bersama sama dengan manusia. Ada persoalan yang selalu diutarakan adakah Jin itu berkahwin? Para ulama' menyatakan bahawa jin itu boleh berkahwin.

4. Suratul Rum ayat 21 menunjjukkan bahawa jinn dilarang berkahwin dengan manusia.

5. Allah SWT sahaja yang kekal. Yang lain tidak kekal. Samalah dengan jin. Mereka juga tidak kekal. Mereka juga mati.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914