Ustaz Rosli 020411

Ustaz Rosli 020411

Kuliah Maghrib

1. Solat itu satu ibadah yang penting. Sehingga didalam peperangan pun diwajibkan solat. Para sahabat menjalankan solat walaupun didalam peperangan. Terutama solat Asar.

2. Perliharalah solat terutama solat Asar. Perintahlah keluarga kita juga menjaga solat mereka. Terutama didalam masyarakat kita hari ini ramai yang tidak bersolat. Apabila solat telah mula diabaikan maka akan terjadilah berbagai masaalah didalam masyarakan tersebut. Seperti masaalah anak yang dilahirkan diluar nikah.

3. Saidina Umar RA merupakan saorang banyak berubah setelah memeluk agama Islam. Sehingga baginda dijaminkan syurga.

4. Rasulullah SAW menyatakan kepada sahabatnya bahawa mereka mengerjakanlah solat mencontohi baginda. Dia diajar bersolat oleh para malaikat. Jibril yang mengajarkan kepada Rasulullah SAW setelah diwajibkan solat kepada umat Islam.

5. Hari ini walaupun generasi Islam tidak pernah melihat Rasulullah SAW bersolat. Maka hendaklah kita bersolat dengan mengikut para ulama'. Kerana para ulama itu adalah pewaris anbiya'.

6. Solat itu haruslah dilakukan dengan berasakan ilmu. Wajib bagi orang mukmin mempelajari cara solat yang betul mengikut cara Rasulullah SAW mengerjakan solat. Mudah mudahan kita mendapat syufaat daripada Rasulullah SAW.

7. Khusyu' didalam solat adalah sesuatu yang dituntut. Walaupun itu merupakan satu perkara yang susah. Para sahabat telah terlalai didalam solat kerana kebun nya. Maka dengan segera berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk mewakafkan kebun tersebut. Mereka sanggup memutuskan diri dengan perkara yang melalaikan mereka dengan Allah SWT.

Wasalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914