Ustaz Syihabuddin 140411

Ustaz Syihabuddin 140411
Kuliah Maghrib

ADAB BERDAKWAH

Bersambung...

7. MENYUSUN KEUTAMAAN DIDALAM BERDAKWAH

Rasulullah SAW melantik Muaz, seorang sahabat menjadi kadhi di Yaman. Baginda menasihat sahabatnya menyusun keutamaan didalam berdakwah. Hal ketuhanan itu perlu diberi keutamaan daripada hal ahlaq. Manakala hal ahlaq diberi keutamaan daripada hal kemasyarakatan.

Orang yang faham tentang berdakwah mengetahui bahawa yang penting diberi keutamaan. Yang besar diberi fokus lebih daripada perkara yang kecil.

8. BERUSAHA MENCARI BANTUAN SUPAYA DAKWAH ITU MENCAPAI KEJAYAAN

Untuk mencapai objektif berdakwah ada kalanya kita memerlukan pertolongan. Sebagai Rasulullah SAW baginda juga menyusun 'associates' seperti Omar RA untuk memantapkan gerakan Islam ketika itu. Sama juga Baginda Mendekatkkan diri dengan Saidina Abu Bakar.

Didalam situasi dunia hari ini memang ada keperluan untuk meminta bantuan daripada perbagai lapisan masyarakat

Orang berdakwah juga memerlukan sumber kekayaan bagi membantu mencapai objektif. Didalam apa juga program dakwah tetap memerlukan berbagai belanja.

Sekiranya sesaorang pemimpin sendiri yang menjadi kuasa dorongan didalam apa jua prgram. Pasti peluang untuk program itu berjaya akan lebih baik. Jadi apa jua kuasa yang kita perolehi hendaklah dipergunakan untuk berdakwah.

Merangsangkan pemikiran sesaorang itu dapat mencapai objektif dakwahnya debgan lebih berkesan. Apatah lagi jika ramai ahli fikir meyumbang kearah berdakwah. Tentulah suasana itu lebih dinamik.

Kadangkala berdiam diri itu menyumbang kepada kebaikan ummah. Menjauhkan diri daripada fitnah yang keji itu membawa kepada kebaikan ummah.

9. BERDAKWAH DENGAN BERKHIDMAH NASIHAT YANG BAIK

Bertutur dengan lemah lembut serta baik akan menyampaikan mesej Islam itu dengan lebih berkesan.

10. JANGAN MENGHINA ORANG YANG MENDENGAR

Haram hukumnya jika berdakwah dengan menghina sesaorang itu secara berterang terangan. Sehingga membawa sesaorang itu membenci mesej yang mulia ini.

Orang yang berdakwah itu juga janganlah memberi gambaran yang dia itu lebih baik daripada orang yang didakwahnya.

11. BERSELISIH PENDAPAT DENGAN BAIK

Diwaktu perselisihan pendapat sesaorang pendakwah hendaklah melakukanya dengan adap sopan. Berselisih dengan cara yang bijaksana. Terutama didalam perkara yang kecil seperti didalam perbezaan mahzab.

Janganlah perselisihan itu membuat sahabat seislam merasa marah dan kecil hati. Dengan cara yang beremosi hingga hilang keutamaan menjaga ukhwah. Berdakwah hendaklah menguatkan ummah.

12. MEMBERI KEBEBASAN ORANG YANG MENDENGAR UNTUK MENILAI APA YANG DISAMPAIKAN

Didalam hal hal yang mempunyai beberapa pendapat para ulama, maka pendalwah itu harus memberi pengisian yang secukupnya. Supaya orang yang mendengar dapat membuat pendapatnya yang sendiri. Berasaskan apa yang tslah disampaikan. Tetapi didalam hal akidah tetaplah satu sahaja.

13. BERSABAR DENGAN KERENAH ORANG RAMAI

Pendakwah hendaklah sentiasa bersabar dengan reaksi orang ramai. Adakalanya bukan sahaja pertengkaran tetapi ditunjukkan ketidaksukaan dengan secara fisikal dan secara halus.

Orang ramai ada yang ingin menguji pendakwah dengan berbagai cara. Untuk menguji pendakwah itu.

14. JANGAN JEMU DAN BERPUTUS ASA DENGAN BERDAKWAH

Rasulullah SAW tidak berputusasa untuk berdakwah hinggalah keakhir hayat baginda.

15. PENDAKWAH ITU CONTOHBYANG BAIK

16. BERDAKWAH MEMBAWA UMAT ISLAM KEMBALI KEPADA KEBESARAN AGAMA ISLAM

Menanam sikap masyarakat Islam supaya membesarkan nilai nilai yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW.

Wassalam/

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914