Ustaz Amran Yussof 110411

Ustaz Amran Yussof 110411
Kuliah Maghrib

1. Wudhu' itu wajib, nasnya terdapat didalam Al Quraan dan Hadith

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali. " - (Surah Al-Maa'idah: 6)

2. Orang yang tidak boleh berwudhu' hendaklah melakukan tayamum.

3. Haram melakukan ibadat ibadat ini sekiranya tidak berwudhu' (atau bertayamum)
- Solat
- Solat Jenazah
- Thawaf di Baitullah
- Memegang dan meyentuh Al Quraan.
> Ayat Al Quraan dan hadith yang membicarakan hal ini menggunakan perkataan suci bukan berwudhu'. Jadi apakah pandangan ulama didalam hal ini?
> Para ulama' berpendapat bahawa perkataan suci itu cenderung kepada suci daripada hadath besar.
> Ada juga yang berpendapat bahawa yang suci itu bermaksud kepada Malaikat.
> Dan kitab yang dimaksudkan Rasulullah SAW itu bukan Al Quraan tetapi kitab di Luh Mahfuz.

Wassalam, bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914