Ustaz Yussof 030411

Ustaz Yussof 030411
Kuliah Subuh

1. Didalam Al Quran Surah Al Baqarah Ayat 30
- dialog diantara Allah SWT dengan malaikat
- kenapa dijadikan manusia dimuka bumi ini
- yang akan melakukan kerosakkan dibumi ini
- seolah olah malaikat itu hairan....

2. Kejadian yang berlaku didunia hari ini saolah olah telah dijangkakan oleh para malaikat satu ketika itu. Fitnah tersebar luas. Sehingga menyiarkan babak babak yang mengaibkan sesaorang itu semata- mata kerana menghendaki sedikit kuasa didunia yang fana ini.

3. Jika sesaorang itu hendak dituduh berzina. Maka didalam Al Quran orang yang menuduh hendaklah membawa empat orang saksi.

4. Kegagalan membawa saksi yang empat itu samalah seperti melakukan fitnah. Dan dosa yang telah dilakukan adalah dosa yang besar.

5. Sistem Islam adalah satu yang sempurna. Perundangannya berasaskan kepada Al Quraan. Didalam surah An Nur ayat 4 menyatakan sesiapa yang menuduh sesaorang itu berzina tanpa membawa empat orang saksi, hukumnya adalah;
- disebat 80 kali sebatan
- tidak diterima kesaksian selama-lamanya
- ditakrifkan sebagai seorang yang fasik

6. Manusia hari ini seakan akan hendak mencabar akan ketentuan Allah SWT. Tidak merasa takut akan balasan diakhirat nanti.

7. Orang yang beriman tidak akan mempercayai fitnah dan tuduhan tanpa dikemukan saksi yang diperlukan oleh syariat. Suranh An Nur ayat 12 telah memberi garis panduan, bagaimana orang mukmin menghadapi situasi sedemikian.

8. Zaman mungkin berubah. Tetapi manusia itu tetap juga sama perangainya. Zaman dulupun ada manusia yang difitnahkan. Nabi juga tidak terlepas daripada difitnah. Kisah Nabi Yusuf didalam Al Quran yang difitnahkan hingga baginda terperusuk didalam penjara.

9. Takutlah dengan hukuman Allah SWT. Jangan hanya fikir jika terlepas didunia akan juga terlepas dimahkamah akhirat. Takut juga akan doa orang yang difitnah akan diterima terus oleh Allah SWT

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914