Ustaz Rahmatullah 190411

Ustaz Rahmatullah 190411
Kuliah Maghrib

Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua ibubapamu daripada Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman" Surah Al A'raaf (7: 27)
 
Syaitan akan berusaha untuk menyesatkan manusia. Mereka akan mengajak manusia supaya tidak menutup aurat. Sebagaimana dilihat pada keadaan manusia dewasa ini. Berpakaian menutup aurat itu merupakan pakaian orang yang beriman.

Mendidek anak supaya menutup aurat apabila sudah baligh. Kerana menutup aurat itu akan memperkuatkan iman mereka. Agar mereka tidak dapat ditanggalkan pakaiannya oleh syaitan dan iblis.

Didalam Islam tidak ditentukan cara pakaian nya. Apa yang penting ialah mereka menutup aurat. Mengikut hukum syaara'. 

Ketika memakai pakaian, kita digalakkan supaya membaca doa seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Daud; "Segala puji-pujian bagi Allah yang telah memakaikan aku pakaian ini serta memberikannya kepadaku tanpa susah payah dan kekuatanku".

Selesa ketika berpakaian, Rasulullah SAW mengajar kita supaya membacakan doa ini seperti yang diriwayatkan Abu Daud, Tarmizi dan Ahmad; "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu daripada kebaikan pakaian ini dan kebaikan apa yang ada padanya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan pakaian ini dan daripada apa yang ada padanya".
  
   Abu Daud, Tarmizi dan Ahmad juga meriwayatkan jika memakai pakaian baru, berdoalah; "Ya Allah, segala puji-pujian bagi-Mu, Engkaulah yang telah mengenakan pakaian ini padaku. Aku memohon daripada-Mu kebaikan daripada pakaian ini dan kebaikan pemakaiannya. Aku juga berlindung kepada-Mu daripada keburukan pakaian ini dan segala keburukan pemakaiannya."

Adab memakai pakaian
- Apabila hendak memakai bermula dengan tangan kanan dahulu. Apabila hedak mananggal hendaklah bermula dengan tangan kiri dahulu.
- Begitu jugalah apabila hendak memakai kasut.bermula apabila hendak memakai bermula dengan kaki tangan. Begitulah dengan kaki kiri.

Apa yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW selain daripada mendapat pahala, dia akan mendapat kelebihan nya yang tersendiri.

Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914