Ustaz ? 171018

Kuliah Maghrib

✓ Orang Islam dikehendaki Allah SWT dan Rasulullah SAW untuk memberi hak kepada yang berhak.

✓ Rasulullah SAW menasihati para sahabat yang duduk bersembang ditepi jalan supaya menghormati hak orang lain yang juga menggunakan jalan.

✓ Baginda Rasulullah SAW juga menyatakan bahawa Allah SWT melarang memotong pokok, terutama pokok bidara.

✓ Orang mukmin juga diminta berhemat ketika menyembelih binatang. Semasa berkorban diminta supaya lembu lembu yang lain tidak nampak lembu yang sedang disembelih. Ini menunjukkan betapa Islam menghendaki umatnya supaya menjaga adab apabila menjalankan ibadah.

✓ Memberi salam apabila bertemu dengan sesama mukmin dituntut.

✓ Digalakkan orang mukmin supaya memberi makan orang miskin.

✓ Rasulullah SAW juga melarang umat Islam memutuskan silaturrahim. Ukhwah mukmin hendaklah dijaga.

✓ Rasulullah SAW menuntut umat mukmin menjalankan solat diwaktu malam. Ketika orang lain tidur.

✓ Sunah baginda diatas kalau berjaya dijalankan maka ganjarannya adalah syurga.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914