Ustaz Shamsuddin 20/10)18

Kuliah Subuh

✓ Allah SWT maha berkuasa. Tidak ada sesuatu pun yang dapat menghalang dengan kehendak NYA

✓ Allah SWT sentiasa melihat akan segala makhlukNYA. Tidak ada hijab diantara diri makhluk dengan NYA. Tiada ada sesuatu yang terjadi tanpa pengetahuan NYA

✓ Sebenarnya tiada hijab diantara makhluk dengan Allah SWT. Sekiranya kita tidak nampak Allah SWT maka yakinlah bahawa Allah SWT sentiasa melihat akan apa sahaja yang kita lakukan

✓ Para ulama menyatakan walaupun kita tidak nampak Allah SWT dengan mata kasar tetapi orang yang beriman yang tinggi tingkatkan imannya dapat melihat NYA dengan mata- hati

✓ Sebagai makhluk manusia hidup didunia ini dengan segala kenikmatan nya . Sehingga sampai satu tahap yang manusia leka dengan kehidupan dunia hingga lupa kepada penciptanya.

✓ Dunia ini wujud sebagaimana makhluk melihatnya didalam kotak minda masing-masing. Maka terjadi sesuatu perkara yang berlainan sangkaannya dengan realiti. Sehingga ada perkara yang terjadi yang minda manusia tidak dapat memahaminya, maka disangka bahawa  kejadian itu sesuatu yang luar biasa, hebat kuasanya. Timbul kemungkinan rasa takut kepada kejadian tersebut. Takut kepada  makhluk. Lebih takutnya kepada tuhannya.

✓ "Dan ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan adalah benar-benar kezaliman yang besar." (QS. Luqman : 31)

✓  Pengalaman manusia yang berbagai-bagai serta maklumat yang mindanya memahami.  Menjadikan dunia ini sebagai satu dinding untuk manusia melihat akan kekuasaan Allah SWT. Melainkan orang- orang yang beriman

✓ Apabila kehidupan dunia ini diberi keutamaan didalam fikiran manusia, maka akan lemahlah ingatannya kepada tuhannya. Hati nya mati. Mindanya hanya melihat secara fizikal sahaja. Hatinya langsung tidak melihat atau mengingati akan kekuasan pencipta dunia ini. Allah SWT tidak wujud didalam hati dan ingatannya.

✓ Orang yang beriman yakin bahawa dunia ini sementara sahaja. Akhirnya kita akan kembali kepada Allah SWT. Iman bahawa Allah SWT melihat akan apa sahaja yang kita fikirkan dan lakukan. Begitu juga jika amalan soleh kita banyak maka kita juga akan dapat melihatNYA. Dengan mata hati kita.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914