Ustaz Mizan 281018

Kuliah Maghrib

✓ Allah SWT menjaga umat dari fitnah dajjal. Bagi sesiapa yang mengamalkan membaca surah Al Kahfi.

✓ Baginda Rasulullah SAW memohon kepada Allah SWT agar umat mukmin dilindungi daripada fitnah dajjal.

✓ Fitnah dajjal itu akan muncul diakhir zaman. Maka kita ini sudah sampai ke akhir zaman.

✓ إِذْ أَوَى ٱلْفِتْيَةُ إِلَى ٱلْكَهْفِ فَقَالُوا۟ رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami". Surah Kahfi ayat 10

✓ Perhatikan doa didalam ayat yang diatas. Doa yang dipohon oleh Ashabul Kahfi kepada Allah SWT kerana diburu oleh raja yang zalim. Kerana mereka orang yang beriman. Tidak mahu mengikut cara pemerintah yang kafir

✓ Orang-orang yang beriman hendaklah selalu membaca Al Quran. Kerana ia menjadi syafaat dunia dan akhirat.

✓ Penting bagi orang mukmin menjaga solat. Orang yang berjaya adalah mereka yang mengutamakan solat mereka. Dijaga dan diperelok. Solat itu tiang agama

✓ Orang yang menghafal ayat-ayat Al Quran Pada mulanya berada diakalnya. Jika dirajin mengulanginya Qur'an itu mula turun ke hati. Kemudian bila ia beristiqamah membaca Qur'an maka mulalah ia turun dari hati kepada sel-sel darah ke seluruh anggota.

✓ Jangan tinggalkan Al Quran. Setiap malam dibaca surah Al Mulk

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914