Ustaz Yahya 281018

Kuliah Subuh

✓ Allah SWT tidak memberatkan umatNYA. Apa sahaja perintah NYA adalah sesuatu yang mampu dijalankan.

✓ Manusia ada yang ikhlas bila melakukan sesuatu ibadah. Tetapi ada juga yang tidak ikhlas. Ada yang riak.

✓ Hati yang ikhlas itulah yang dipandang oleh Allah SWT. DIA tidak menilai manusia pada pandangan fizikal. Tetapi yang dinilai adalah hati yang betul ikhlas apabila seseorang ganda melakukan kewajipannya

✓ Nikmat bagi sesaorang hamba adalah dia mendapat keredhaan Allah SWT didalam amalannya. Walaupun sedikit amalannya, tetapi segala amalannya diterima  NYA.

✓ Sebaliknya amalan yang banyak yang dikerjakan oleh seseorang tetapi tidak ikhlas didalam melaksanakannya. Dia didorong oleh nafsu. Melakukan ibadah kerana hajat yang terselindung. Keikhlasannya cacat. Allah SWT tidak melihat amalan sebegini.

✓ Orang yang ikhlas, setiap amalannya akan mendekatkan dirinya dengan Allah SWT. Dia mendapat Nur Iman. Mata hati yang terang.

✓ Apabila Allah SWT memberi redhaNYA kepada seseorang hamba. Maka apa sahaja amalan yang dilakukan oleh sesaorang hamba itu akan membawa satu ketenangan dan kesejahteraan. Merasa Allah SWT dekat dengannya. Dapat melihat hidup didunia ini didalam satu aspek yang berlainan. Bagaikan tersingkap satu hijab yang mengatasi pandangan akal yang logikal.

✓ Nur Iman itu bagaikan cahaya. Rahmat yang dianugerah Allah SWT kepada hamba-Nya yang ikhlas. Seperti orang-orang solihin dan wali. Mereka juga mempunyai berbagai tingkatan. Ada yang mencapai tingkatan sebagai pewaris Rasulullah SAW.

✓ Sebagai seorang yang beriman perlulah dia mengambil orang-orang sebegini sebagai guru yang dapat  dicontohi didalam kita menjalankan kewajipan yang dihukumkan Allah SWT.

✓ Dicontohi bagaimana mereka ini dapat mengatasi kehendak nafsu. Serta mencapai keikhlasan yang sebenarnya.

✓ Agar segala amalan diterima oleh Allah SWT.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914